Hello World


Lorem Ipsum.

RAHSIA PEMUDA 'BIASA-BIASA' MEMILIKI RUMAH YANG LEBIH DARI BIASA

1. Ramai mengeluh agak sukar untuk membeli rumah disebabkan harganya. Malah, ada di kalangan bekas peserta seminarku yang turut mengalami kesukaran memiliki rumah walaupun pelbagai tips telah dikongsikan di dalam kelasku.

2. Di sebalik keluhan dan rintihan, masih ada bekas peserta seminarku yang terus-terusan membeli rumah lebih dari yang biasa. Yang lebih menyentapkan, mereka mengumpul dalam tempoh yang jauh lebih singkat dari yang sepatutnya.

3. Inilah yang berlaku kepada bekas peserta yang telah menghadiri kelasku pada tahun 2014. Hanya mahu dikenali dengan nama, Mr Z sahaja. Usai pertemuan 2 tahun lalu, gaji beliau adalah sama seperti kebanyakan dari kita dan pada ketika itu beliau sudah pun memiliki 2 buah rumah. Apabila ditanya, "Kenapa perlu datang lagi untuk belajar?" Jawabnya, "Banyak lagi sebenarnya yang saya tak tahu". Perbualan kami terhenti setakat itu dek kerna terpaksa melayan soalan dari peserta-peserta lain pula.

4. Dan semalam, aku agak terkejut apabila beliau meminta aku mendoakan agar pinjaman rumah keenamnya diluluskan pihak bank. Lantas, aku cuba mencari jawapan bagaimana beliau mampu melakukannya dalam tempoh yang singkat. Setelah diamati, hanya ini yang mampu aku simpulkan.

5. Mei 2014, pada sesiapa yang belum tahu, aku telah melancarkan satu Tabung yang diberi nama "Tabung Sriwani". Nawaitu pelancarannya, adalah untuk membiayai aktiviti menyantuni gelandangan pada setiap minggu yang dikelolakan oleh Pertubuhan Kembara Amal (Tuan Khir Ariffin). Anda boleh baca di link ini --> http://abangensem.com/projek-amal-sriwani dan Mr Z merupakan antara orang pertama yang ke hadapan. Beliau telah bersetuju untuk menginfaqkan sejumlah RM50 setiap bulan untuk Tabung ini.

5. Dan selama hampir 2 tahun, Mr Z terus istiqamah mengenepikan amaun tersebut pada setiap bulan di kala kebanyakan dari para penyumbang telah mula meminggirkan diri. Setiap hujung bulan, pasti aku akan menerima whatsapp dari beliau yang memaklumkan tentang jumlah duit yang diinfaqkan (rujuk gambar di komen pertama status ini).

6. Ya, inilah sebenarnya rahsia beliau. Di kala ramai yang begitu sukar mendapatkan rumah. Di waktu ramai yang buntu mempraktikkan tip yang dikongsi, Mr Z telah dipermudahkan akan segala urusan tersebut dek kerna konsistensi beliau di dalam bersedekah.

7. Jadi, berkonsistenlah dalam bersedekah.
------------------------------------------------------------------------------
Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit,
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit,
Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu juga satu dakwah.

- Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof) -

0 comment... add one now