Kereta Total Lost, Tapi Pemandu PROTON Preve Ini Tidak Cedera Langsung!



Kereta nasional kebanggaan rakyat Malaysia, PROTON sering menjadi bahan jenaka dan kritikan orang ramai. Proton dituduh sebagai kenderaan yang tidak mampu bersaing dengan jenama terkemuka dan hanya bergantung harap kepada bantuan kerajaan semata-mata. Jika anda semua masih ingat, Proton juga digelar sebagai kereta 'tin kosong'.

Baru-baru ini Proton menjadi mangsa kritikan lagi selepas Tun M menarik diri dari PROTON yang di asaskan oleh beliau semasa menjadi perdana menteri Malaysia. Tetapi melalui sebuah status facebook milik Akthar O Mine sebentar tadi, rakannya terlibat dalam sebuah kemalangan di Pagoh.

Kemalangan tersebut mengakibatkan kereta Proton Preve yang dipandu oleh rakannya hancur teruk dan diklasifikasikan sebagai "total lost". Apa yang menarik perhatian ialah pemandu kenderaan tersebut tidak cedera parah seolah-olah kemalangan tersebut biasa-biasa sahaja.


Peristiwa ini pasti akan memberikan semangat kepada kakitangan Proton untuk terus berkhidmat dengan cemerlang demi keselamatan para pengguna kenderaan mereka di samping memaju ekonomi negara di saat orang lain berlumba-lumba untuk menjatuhkan syarikat nasional kebanggaan negara ini.

Melihat gambar-gambar kereta Preve di bawah ini, kami pun sukar nak percaya pemandu dan penumpang tidak cedera parah. Sememangnya Proton juga mempunyai kualiti terbaik dan tidak boleh diperlekeh.





Ayuh kongsikan kisah ini, dan lihat apakah masih ada orang yang mahu memperkecilkan usaha pekerja proton dalam memberikan kualiti tahap tertinggi untuk kita semua.

Jangan lupa Like Facebook MyBuletin untuk kisah-kisah menarik.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top