Ketua Jurulatih Dedah Punca Prestasi Pemain JDT Merosot


Dua perlawanan terakhir JDT bertemu Kedah mencatatkan keputusan satu kekalahan 2-1 dan satu seri 1-1 dan ianya mengundang banyak komen negatif daripada para pengkritik.

Walaubagaimanapun, ketua jurulatih pasukan JDT, Mario Gomez kekal optimis dan mengetahui kenapa anak buahnya tidak mempamerkan prestasi terbaik mereka sejak akhir-akhir ini.


Kita dapat lihat betapa berbezanya pasukan kita disebabkan jadual yang begitu padat. Pasukan lain di Malaysia hanya bermain 5 atau 6 permainan dalam sebulan, manakala kami harus bermain 9 atau 10.

Itu adalah terlalu banyak untuk mana-mana pasukan dalam dunia ini. Sedangkan Barcelona pun tidak bermain 10 perlawanan dalam satu bulan. Sekarang kami dapat berehat untuk satu hari dan esok pula kami perlu berada di Myanmar. Pemain adalah manusia. Mereka bukannya mesin.

Sains telah membuktikan bahawa apabila seorang manusia letih dan kurang oksigen dalam otak mereka, mereka tidak dapat berfikir atau mempamerkan prestasi yang baik berbanding ketika mereka segar dan berehat sepenuhnya.

Anda boleh melihat dalam liga tempatan, di mana kita adalah satu-satunya kelab di negara ini yang bersaing dalam 3 kejohanan dan bermain setiap 3 hari. Kita cuma perlu bersabar dan meneruskannya satu persatu.

Mario Gomez, Pengurus/Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim @ Johor Southern Tigers Facebook Page.

Mampukah pasukan JDT memenangi kesemua pertandingan yang disertai? Berikan pendapat dan komen anda di bahagian komen di bawah.

Jom LIKE Facebook MyBuletin :)

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top