Media Malaysia termasuk 10 paling tak bebas di Asia Pasifik


Malaysia mengekalkan status 'tidak bebas' dengan markah 67 mata, demikian menurut laporan kebebasan media oleh badan pemantau antarabangsa, Freedom House 2016 yang dikeluarkan hari ini.


Berdasarkan latar belakang tindakan keras dan penutupan beberapa media tahun lalu, Malaysia menjana dua mata, dalam sistem pemarkahan yang menilai sifar bagi terbaik manakala 100 bagi markah tercorot.

Sejumlah 33 peratus (66 negara) daripada 199 negara yang terlibat dalam tinjauan tersebut diberi penarafan tidak bebas; 36 peratus separuh bebas (71 negara); dan 31 peratus bebas sepenuhnya (62 negara).

Di peringkat rantau Asia Pasifik, Malaysia terikat bersama-sama Singapura di tangga 31 daripada 40 negara.

Korea Utara, dengan markah 97, berada di kedudukan tercorot dalam rantau ini manakala Palau - negara pulau yang terletak di Laut Pasifik barat - berada di tangga teratas dengan 15 markah.

Di peringkat global, Malaysia berada di kedudukan 149 daripada 199 negara dalam kajian.

“Kerajaan Malaysia— dalam usaha mempertahankan diri dari skandal rasuah besar-besaran — menggunakan secara meluas akta hasutan untuk menghalang mereka yang menentang, dalam satu kes mendakwa pelukis kartun politik atas beberapa siri tweet,” kata laporan itu dalam analisanya berhubung trend serantau.

“Daripada semua, sekurang-kurangnya, 91 individu telah didakwa, ditahan dan disiasat di bawah undang-undang hasutan sepanjang tahun 2015,” jelas laporan itu, memetik fakta-fakta daripada kumpulan hak asasi antarabangsa, Amnesty International. - www.mybuletin.net

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin sebagai medium berita alternatif anda.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top