Penjelasan Bagaimana El-Nino Buat Bil Elektrik Melambung



Ramai orang tidak berpuas hati apabila melihat bil elektrik mereka melonjak naik gila-gila pada bulan lepas. Jika dilihat pada halaman facebook TNB Careline, pelbagai jenis aduan dan kemaharan dilontarkan oleh para pengguna.

Walaupun TNB sudah memberikan jawapan balas mengenainya, tetapi ianya masih tidak dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada rakyat Malaysia. Rata-rata tidak boleh terima dengan jawapan pihak TNB yang seolah-olah mempergunakan alasan 'El-Nino' untuk melepaskan diri.


Tanpa membuang masa, mari kami kongsikan penjelasan saintifik disebalik fenomena ini sepertimana yang ditulis oleh Saudara Redzuan Kib di halaman facebook beliau.

Dah heboh di page sana sini bil elektrik meningkat bulan ni. Ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB sohabat saya nak turunkan pada semua warga facebook supaya masing masing akan faham. Insya allah.

Saya sertakan satu formula elektrik, Joule's Law

H = i^2 x r X t

Dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus.

Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. Elektrik kita tak boleh nampak, jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB Careline bagi keterangan sebab kesan dari El Nino.

Contoh mudah:

Peti ais.

Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. Satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. Untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

Jadi, cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. Ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.

Dalam fenomena El nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.

Jadi, dalam situasi sama semasa fenomena El nino,

0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je El nino, terus naik jadi 30.168kJ. Ni dari segi teori. Praktikal pulak lebih dari jumlah ni.

Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Nak mudah faham lagi, Bukan peti ais sahaja guna compressor. Aircond juga sama. Jika dulu kita set 20°. Sekarang tetap tidak berubah 20°. Tetapi disebabkan cuaca panas, compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°.

Sama juga dengan peti ais. Kita tak pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik mendadak, compressor perlu bekerja lebih. Ini yang kita perlu terangkan pada pengguna.

Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.

Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. Ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak, ia juga bagi kesan bil elektrik meningkat. Kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga. Ada kes aircond terbakar sebab wayar terlalu panas.

Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dgn tarif elektrik. Harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tarif. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin banyak, maka harga blok tarif selepas itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik sahaja dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. Ramai pengguna yg heboh heboh di media sosial ni kerana kurang faham tentang tarif elektrik untuk kediaman mereka.

Harapnya lepas ni rakyat Malaysia lebih berilmu dan kurang tuding jari salahkan pihak lain.

-Biro Lajnah Elektrik Cawangan Ipoh


Jangan lupa LIKE Facebook MyBuletin untuk lebih banyak info berguna.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top