Perkongsian Untuk Menjadi Professional Engineer Ini Mendapat Lebih 500 Share


Perkongsian untuk menjadi Professional Engineer



Kalau dah graduate sebagai Engineer semestinya ada target nak jadi professional dalam bidang yg diceburi.

Sebagai seorang engineer, banyak yang nak dicapai dan salah satu mesti nak jadi professional engineer, yang melayakkan seseorang itu untuk menggunakan title Ir.

Walaupun jawatan eksekutif/etc tapi anda adalah engineer in practice. Yang junior engineer mesti tercari-cari macam mana nak mula, dengan siapa nak refer dan banyak lagi.. tambahan pula sekarang ni dah ada 2 level PE.

Yang pertama PE without practicing cert dan satu lagi PE with practicing cert.

Route berdasarkan pengalaman beberapa tahun dulu :

  1. Kena register dengan BEM sebagai graduate engineer. Minimum lepas 3thn/36bln practicing engineering baru boleh interview/exam... Tapi 3 tahun tu bukan duduk saja..attend kursus wajib dan dapatkan CPD dgn menghadiri kursus2 berkaitan.
  2. Jgn lupa register dengan IEM..kalau tak silap route ada 2..ikut IEM dan BEM..saya buat ikut IEM.
  3. Dah lepas tempoh minimum tu dan kursus dah complete, CPD cukup hantar la borang Professional Interview (borang hijau)..susah jugak nak isi..tapi boleh refer cawangan IEM..cari 1 org supervisor, 2 pencadang yg dah jadi PE..semua column experience tu kena isi..teknikal/office/projek & etc..silap isi borang boleh direject..time ni silap2 dah mula malas nak buat.. Kalau tak silap sekarang dah kena hantar report sekali dengan borang..boleh semak.
  4. Report kena buat 2..satu general report berkaitan tugasan dan satu teknikal report (spesifik projek yg dibuat). Nak buat report boleh refer dengan senior2 yg dah ada PE.. Mesti ada yg sudi share format.. Report tu mesti disemak oleh supervisor..dan disahkan oleh 2 PE sebelum hantar.
  5. Saat ditunggu-tunggu.. Principal interviewer akan contact untuk interview..boleh arrange date dgn interviewer kalau belum bersedia..kena kowtim la dgn interviewer.
  6. Time interview.. 2 org interviewer..tempat interview ditetapkan oleh interviewer.. Sesi oral dan bertulis.. Kalau dalam borang PE tanda interview dalam bahasa melayu, time interview kena ckp n guna term melayu.. Contoh compressor..kena cakap pemampat n etc.. Better guna english la senang..prepare betul2 dan faham btl2 berkaitan projek..kalau tak kantoi.
  7. Soalan bertulis ada 2 bahagian..bahagian A berkaitan report, bahagian B berkaitan code of ethics..masa 3 jam..boleh karang dan tulis berdasarkan pengalaman dan pemahaman..jgn main belasah
  8. Last sekali tunggu result..beberapa minggu..kalau lepas syukur.. Tapi ada proses lagi.
  9. Kena register dengan BEM secara online..attach semua dokumen dan bayar fee..dokumen yg sama kena prepare hard copy dan disahkan oleh PE sebelum hantar ke BEM..tunggu keputusan board BEM untuk accept permohonan register PE tu.
  10. Insya Allah lepas tu akan terima certificate yg disahkan oleh BEM sebagai Professional Engineer.
  11. Setiap tahun kena renew certificate..bayar fee..maintain CPD.. IEM pun perlu renew yearly..lepas interview berjaya akan tukar membership kepada corporate member..bukan grad member lagi.
  12. You are now Professional Engineer.. Entitle for Ir in front of your name.. Pesanan interviewer..when you are professional engineer, you have to encourage others to give right answer/decision..not to blame others.. Maknanya ada tanggungjawab besar tu..

Proses-proses tu semua memang mengambil masa, tetapi lebih baik anda mulakan sesuatu daripada duduk diam tak buat apa-apa langsung.

BACA JUGA: Nak Tahu Apa Kapal Terbang Buat Dengan Najis Anda?

Khas untuk fresh grad, yang baru nak mula dan masih tercari-cari, kongsikan informasi ini dengan kawan-kawan anda sebabnya kejuruteraan anda akan betul-betul teruji. Anda juga boleh refer dengan IEM/BEM untuk status dan route terkini. ✌🏻

Kredit kepada Ir. Amir Hasdi atas perkongsian ini.

Jangan lupa LIKE Facebook MyBuletin

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top