Sebar Fitnah, ROTIKAYA Disaman RM1Juta Oleh Penyanyi R&B



Penyanyi terkenal daripada kumpulan R&B, Wan Shades mengemukakan saman fitnah terhadap pengendali laman blog Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel mengaitkannya dengan dakwaan rogol.

Wan atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 43, ditemani peguamnya Mohamad Irwan Mohd Mubarak, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya, Wan menamakan pengendali laman blog Rotikaya.com, Nor Hamzie Md Hambali, 39, sebagai defendan. Wan melalui pernyataan tuntutannya berkata, defendan pada 20 Februari 2012 menerbitkan artikel memfitnahnya bertajuk `Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun' dan disiarkan di laman web miliknya (defendan).


Berikutan penerbitan artikel itu, Wan selaku plaintif berkata, reputasinya terjejas teruk dan mengalami kerugian dari segi kewangan dan kerjaya. Sehubungan itu, Wan menuntut ganti rugi berjumlah RM1 juta, ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos daripada defendan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top