Sebelum Mengata, Ini Jawapan Kenapa Gaji Bos Tinggi Walaupun Dia Nampak Relax



My ex-boss, gaji sebulan RM40,000.

Time tu aku tengok dia, mai pagi tunjuk muka sat dan cakap-cakap sat, lepas tu sudah.

Belah petang, mai tunjuk muka, cakap-cakap sat , gelak-gelak, lepas tu sudah.

Dalam hati aku, amboi mudahnya kerja depa. Itu saja kerja, bulan-bulan dapat RM40,000. Fuh.

Hari ni, baru aku faham.

Apa kita nampak: Bos ni, kerja goyang kaki saja. Setakat mai tunjuk muka cakap sikit-sikit, kucing aku pun boleh buat.

Apa yang kita tak nampak: Jadilah bos kalau nak nampak sisi mana yang staf-staf tak nampak.
Dia bukan CEO. Yang CEO, abang dia. Walau abang si CEO, abang dia tak terus lantik bagi kerusi dan jawatan yang berpendapatan RM40,000 tu.

Abang dia pun mula dari bawah. Siap kena simbah sup panas dengan orang awam tak silap aku.

Dia cuma meniaga, bukan nak tanduk orang tak tentu hala ka buat jahat ka. Yang dok pi simbah sup panas tu buat apa?

Bila si abang bermula dari bawah, si adik pun di biar usaha dari bawah.

Kerusi gaji RM40,000 tu cuma boleh duduk bila betul-betul layak.

Part dia mengesot berhempas-pulas dari bawah sementara nak layak duduk atas kerusi berjawatan puluh-puluh ribu tu, antara part yang kita sering terlepas dan tak tengok.

Antara part yang kita tak tengok lagi ialah…..

Kita katalah ada anak 2 orang, isteri 1 orang. Termasuk diri kita, 4 perut semuanya.

Kita sebagai staf, dok fikir nak isi 4 perut ni saja paling tidak tiap-tiap bulan.

Katalah bos yang gaji RM40,000 sebulan ni, di bawah jagaan dia ada 40 orang staf.

Katalah purata ahli keluarga bagi setiap sorang bagi 40 orang staf ni ialah 4 orang.

4 orang = 4 perut.
4 perut X 40 orang staf = 160 perut!

Tolak diri bos ni dan keluarga dia, dia nak kena fikir tiap-tiap bulan macam mana supaya dia boleh terus bayar gaji supaya 160 perut ni dapat diisi!

Kita fikir nak isi 4 perut VS bos fikir nak isi 160 perut.

Kalau kita tiap-tiap bulan dah stress setakat nak isi 4 perut, macamana bos punya stress nak pastikan 160 perut dapat diisi?

Nisbahnya ialah 1:40.

Bos 40 kali ganda lebih stress daripada staf.

Jadi, layak tak Tuhan bagi kat hang RM1,000 sebulan dan bagi RM40,000 ke bos hang?

Antara sifat Tuhan itu adil. Adil itu bukan sama-rata. Sama-rata bukan adil. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Macamana nak faham statement ini? Gini:

Nisbah hang kat atas tadi 1 saja, tapi nisbah bos hang 40. Kalau dia bagi hang RM40,000 sebulan, bos hang RM40,000 sebulan, apakah itu adil?

Sudah tentu tidak adilkan? Itu sama-rata.

Jadi, kalau selama ni ada dalam kalangan kita dok mengata kat bos tu, harap terbuka sikit ya fikiran dengan perkongsian ini.

Kalau bos kot tergarang sikit pada satu masa, maafkan dia. Pastinya bersebab.

Kot nampak bos bersenang-lenang tu, jangan iri hati dengan dia.

Time mana dia bekerja, time mana dia menangis, time mana dia stress untuk pastikan kita sebagai pekerja serta anak-anak kita terus terisi perutnya… kita tak tau.

Bulan depan ni dapat gaji lagi, pi kat bos ucaplah ucapan TERIMA KASIH dari sudut hati paling dalam dengan senyuman paling ikhlas.

Duit gaji yang kita dapat tu, ya betoi daripada hasil titik peluh kita usaha.

Tapi bos tulah yang dok kuat berusaha supaya kita boleh terus bekerja. Dengan ucapan seringkas tu, seronok hatinya. Hilang sat stress atau keletihan dia urus syarikat.

Tak faham takpa. Bulan depan berhenti kerja, pi buka syarikat sendiri.

Fahamlah macamana susahnya nak bangunkan syarikat sementara nak boleh ambik pekerja. Dah ada pekerja macamana nak pastikan kita terus mampu gajikan pekerja-pekerja tu. Huhu.

Terpanjanglah pula mengarangnya. Dahlah sampai sini. Panjang-panjang sangat bukan hampa baca pun. Hoho.

Teringat kat bos lama, spontan ja jari pun kongsi sedikit cerita diselit dengan pemikiran atau pendapat dan sebagainya.

K bye.

Jom LIKE Facebook MyBuletin

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top