Selangor Tarik Diri Dari Saingan Piala AFC



Pasukan bola sepak negeri Selangor sah menarik diri dari saingan Piala AFC. Itulah yang berlaku pada tahun 2011. Ketika itu tidak banyak pasukan dalam Liga Malaysia yang memberikan tumpuan untuk saingan peringkat Asean seperti AFC Cup ini.

Kebanyakan daripada mereka lebih mengutamakan pencapaian peringkat Malaysia sahaja.

Ayuh kita telusuri sejarah melalui penulisan artikel di Bola Daily yang bertajuk AFC Cup Saingan Yang Kurang Penting Oleh Kebanyakkan Pasukan Di Malaysia Suatu Masa Dahulu. Saya pasti tidak ramai yang tahu akan kisah ini.

Piala AFC Saingan Yang Kurang Penting Oleh Kebanyakkan Pasukan di Malaysia Suatu Masa Dahulu


Itu lah hakikat sebenarnya bola sepak Malaysia suatu masa dahulu. Saingan peringkat Asean ini dipandang sepi oleh kebanyakkan kelab atau pasukan di Malaysia.

Mentaliti tidak memandang AFC Cup sebagai satu saingan tertinggi mungkin terjadi kerana ketika itu tiada satu pun wakil Malaysia yang berjaya hampir ke peringkat akhir ataupun separuh akhir. Wakil Malaysia di label sebagai pasukan belasahan.

Kita lebih mengagungkan Piala Malaysia berbanding saingan di peringkat Asean. Banyak peraturan yang dibuat oleh FAM untuk menjadikan Piala Malaysia lebih menarik berbanding insentif untuk pasukan yang layak ke AFC Cup.

Peraturan yang telah ditetapkan oleh FAM, tidak membenarkan pemain import dalam Liga Malaysia turut memberi kesan kepada pasukan yang bersaing dalam AFC Cup.

Untuk saingan AFC Cup 2009, Selangor dan Negeri Sembilan telah menolak untuk bermain dalam saingan tersebut dengan alasan masalah kewangan serta tidak mempunyai pemain import. Slot Malaysia telah diisi dengan Kedah dan Johor FC

Pada saingan AFC Cup 2010, Malaysia hanya diwakili oleh Selangor. Satu lagi slot di AFC Cup sepatutnya di isi oleh Perlis, selaku naib juara Liga Super, Perlis menolak untuk bersaing di AFC Cup. Permohonan FAM untuk menggantikan tempat Perlis telah ditolak oleh AFC.

Musim 2011, Selangor dan Negeri Sembilan telah menarik diri dari saingan AFC Cup dengan alasan tiada pemain import dan juga kerana jadual liga yang begitu padat.

Untuk saingan AFC Cup 2011, buat pertama kalinya dalam sejarah penglibatan Malaysia di AFC Cup, tiada wakil dari Malaysia.

Kelantan telah membuat persediaan awal untuk mewakili Malaysia dalam saingan AFC Cup 2013. Walaupun FAM hanya membenarkan 2 import untuk saingan Liga Malaysia, Kelantan telah mendapatkan 2 lagi ‘import khas’ yang akan digunakan hanya untuk saingan AFC Cup.

Mungkin boleh dikatakan, ketika inilah bermulanya banyak pasukan sudah memberikan tumpuan dalam saingan AFC Cup. Peminat dan penyokong bola sepak Malaysia juga sudah mula bercakap-cakap tentang pentingnya saingan yang lebih tinggi.

Kelantan telah memohon kepada FAM untuk mendaftarkan 4 pemain import sebagai persiapan bersaing di AFC Cup 2014 dengan syarat hanya 3 pemain import yang akan berada di atas padang dalam saingan Liga Malaysia.

Berdasarkan pengalaman mereka yang lepas, 2 pemain ‘import khas’ mereka untuk saingan AFC Cup 2012 lalu tidak dapat memberikan prestasi yang terbaik mereka akibat dari kekurangan perlawanan kompetetif dan persefahaman dalam satu pasukan.

Tetapi permohonan Kelantan itu ditolak oleh FAM, dengan alasan tidak adil buat pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia.

Semuanya berubah selepas 2015.


Selepas Johor Darul Takzim (JDT) mencatat sejarah selaku juara AFC Cup 2015, kebanyakkan pasukan dalam Liga Malaysia sudah mula memandang berat saingan peringkat Asean ini.

Penyokong bola sepak Malaysia juga telah berubah. Ramai yang mahukan pasukan mereka layak ke saingan AFC Cup.

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top