Akhirnya Safiq Rahim Dedah Sebab Utama Sertai JDT


Pemain tengah yang sangat versatil, Safiq Rahim merupakan salah seorang pemain bola sepak bertaraf bintang yang terawal menyertai JDT sejak pasukan Harimau Selatan itu bertukar tampuk pimpinan di bawah Tengku Mahkota Johor pada tahun 2013.

BACA JUGA: 5 Sebab Kenapa JDT Lebih Besar Daripada Selangor

Kini selepas beberapa tahun berkhidmat dengan cemerlang buat kelab Johor Darul Takzim, akhirnya Safiq Rahim berkongsi sebab utama beliau berpindah ke pasukan JDT daripada Selangor.

Ianya dikongsi melalui Facebook Johor Southern Tigers selepas Safiq Rahim mengetuai pasukan JDT muncul Juara Piala FA sabtu lalu.

Gambar daripada Facebook Johor Southern Tigers

KAMI TIDAK AKAN BERHENTI DI SINI

"Saya percaya bahawa lambat laun JDT akan bermain dalam kejohanan elit di peringkat Asia. TMJ adalah inspirasi utama kepada pasukan dan sentiasa menjadi pendorong kami.

"Segala-galanya tentang kelab ini cukup baik, dari kakitangannya hinggalah kepada pemain. Setiap daripada kami ingin mencapai lebih lagi, termasuklah saya.

"Saya masih lagi belajar, namun saya terdorong untuk meningkatkan lagi prestasi hingga ke tahap yang lebih tinggi. Saya mahu bermain di AFC Champions League (ACL). Ia menjadi impian saya dan kini saya berada di sebuah kelab yang mampu membawa saya ke destinasi tujuan saya."

Safiq Rahim, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

BACA LAGI: Artis Jelita Mengaku Berkawan Rapat Dengan Pemain JDT

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now