Analisis Lengkap Ini Jawab Persoalan Gol Ketiga JDT Offside Ataupun Tidak


Semalam telah berlangsungnya perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara JDT dan Kedah di Stadium Larkin. Kemenangan memihak kepada pasukan JDT dengan keputusan 3-1 dan mereka juga mara ke final Piala FA selepas mencatat agregat 4-3 terhadap Kedah.

Walaubagaimanapun, ramai peminat bola sepak seakan-akan tidak berpuas hati dengan jaringan kemenangan Diaz untuk JDT pada minit-minit akhir perlawanan. Jadi untuk merungkaikan persoalan adakah gol tersebut sudahpun offside, kami paparkan analisis yang ditulis oleh Tuan Axello Tacts untuk pembacaan anda semua.

Axello Tacts merupakan peminat bola sepak yang rajin membuat analisis taktikal dari perspektif umum dan penulisan beliau banyak dipaparkan di page-page bola sepak serta laman web SemuanyaBola.


#‎ANALISISTEKNIKAL‬

JDT 3RD GOAL

Adakah ia offside ? 
- Yes.

Namun ia bermula dengan struktur pertahanan Kedah yg menjadi sedikit bikana-esque. 

Terlalu toleran. Membenarkan 2 pemain masuk ke atas. Offside boleh menjadi onside jika bola di atas garisan. Ia adalah ' line check' and shoulder check yg lemah.

Namun peliknya winger JDT, melepaskan bola ke Lucero yg offside, poor decision kerana di tengah backline Kedah tak melakukan effective zonal marking.


Lucero cuma boleh diflag offside jika dia terlibat dalam active play / intervention / memberikan pressure kepada GK. Dan ketika dia melakukan pressuring dan active play, Linesman patut naikkan flag. Namun ia tak dilakukan.



Dalam satu lagi view GK Kedah amat lemah melakukan punts. Kemudian Diaz berterusan bergerak. Bola di depan mata, bang!! Dan gol.

Daripada analisis ini, ia adalah wrong and very poor decision oleh linesman. Tak ada tight call. Ia basic call. Impak amat besar untuk menutup terus Kedah mara.

Jika gol itu diflag off kan, maka game akan ke masa tambahan dan Kedah ada kelebihan dengan potential another away goal dan lebih penting kita akan disajilan another 30 mins or penalty shootout battle.


Itulah drama dalam bolasepak. Selamat malam fans Kedah dan JDT, pada yg balik ke rumah atau balik ke Kedah , hati hati.

Sorry for that goal. Tahniah JDT dan Kedah.

This goal nothing to do with dirty play. Yes it was robbed by poor call by the linesman. Tapi , mereka juga manusia biasa, kan....

Analisis penuh saya akan cuba buat jika ada yg murah hati upload di Youtube. - Axello Tacts

BACA JUGA: Selangor Sah Tarik Diri Saingan Piala AFC

Jadi, adakah anda berpuas hati dengan analisis ini? Jika anda mempunyai idea dan pendapat tambahan, jangan segan silu untuk nyatakannya di ruangan komen di bawah ini.

Jangan lupa juga untuk LIKE Facebook MyBuletin.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top