"Mourinho Bukan Manchester United" - Eric Cantona


Legenda Manchester United, Eric Cantona percaya kelab lamanya itu tersilap dalam memilih pengendali baharu, Jose Mourinho yang disebut-sebut bakal menggantikan Louis van Gaal.

BACA JUGA: Ini Balasan Manchester United Selepas Van Gaal Hadiahkan Trofi Piala FA Kepada Mereka

Bos United, Ed Woodward bertemu ejen Mourinho, Jorge Mendes semalam dan masing-masing dilaporkan mencapai persetujuan untuk kontrak tiga tahun pengendali Portugal itu ke Old Trafford.

Bagaimanapun, Cantona berasakan pengendali baru Manchester City, Pep Guardiola - musuh ketat Mourinho - adalah calon lebih sesuai di Old Trafford.

"Saya lebih suka jika Guardiola di United.Dia berada di Manchester tetapi di kelab yang salah," katanya. "Sepatutnya mereka (United) mendapatkan Guardiola.

Dia adalah anak didik Johan Cruyff. Hanya dia yang dapat mengubah United. "Saya sukakan Mourinho, tetapi berdasarkan corak permainan bola sepaknya, saya tidak rasa dia adalah Manchester United.

"Saya tidak rasa ia corak permainan yang akan disukai peminat United walaupun mereka menang." kata Cantona.

Bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti bagaimanapun mengalu-alukan kedatangan Mourinho.

"Ia adalah perkahwinan yang hebat. Jose Mourinho memerlukan United ketika ini, dan United memerlukan Jose Mourinho," katanya.

CERITA LAIN: Denmark Juarai Thomas Cup Selepas Berguru Dengan Misbun Sidek

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now