Chelsea Kecewakan Adidas Untuk Tajaan Lebih Lumayan Bersama Nike


Kelab bola sepak Inggeris, Chelsea FC dan jenama sukan terkemuka Nike Inc sedang dalam perbincangan untuk penajaan pakaian bernilai USD75 juta setiap tahun.

Jika ianya berjalan lancar, Chelsea akan meninggalkan sponsor mereka yang sedia ada, Adidas AG yang sudah menaja kelab itu sejak 2006. Tiada kata putus lagi untuk perjanjian itu kata salah seorang wakil dari perbincangan itu.

Adidas dan Chelsea telah mengumumkan yang mereka akan ‘berpisah’ selepas musim 2016-2017, menamatkan kontrak 6 tahun sedia ada mereka lebih awal. Berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani, Chelsea bersetuju membayar early-termination fee kepada Adidas kerana menamatkan kontrak sebelum masanya.

Ini adalah antara usaha Nike untuk mengembalikan pengaruh jenama itu dalam kelab elit bola sepak Inggeris apabila dua kelab tajaan mereka sebelum ini, Arsenal dan Manchester United telah menandatangani kontrak dengan PUMA AG dan Adidas.

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now