Dua Rakan Conteng Bas Pahang di Johor Akhirnya Dicekup


Johor Bahru: Dua suspek utama kejadian contengan pada bas milik Persatuan Bola Sepak Pahang dicekup 12.40 tengah hari tadi, kurang empat jam selepas laporan polis dibuat di Balai Sentral di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, dua suspek yang berusia 21 dan 35 tahun mengaku melakukan perbuatan berkenaan kerana melepaskan geram.

Beliau berkata, seorang suspek utama warga Kelantan manakala seorang lagi warga setempat melakukan perbuatan itu menaiki motosikal.

"Suspek utama berusia 21 tahun bekerja di kedai perkakasan rumah manakala penunggang motosikal bekerja sendiri.

"Mereka dicekup hasil maklumat awam dan keduanya dicekup di Jalan Meldrum di sini di mana lokasi kejadian berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

BACA JUGA: Pasukan JDT Diiktiraf Lebih Besar Dari Selangor?

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now