Gadis Cina Disuruh Nyanyi Lagu Negaraku Buktikan Kerakyatan


"Saya diarah untuk menyanyikan lagu Negaraku" tulis Raine Lee pada 8 Mei di akaun facebook miliknya. Raine menceritakan dia disuruh melakukan sedemikian kerana disyaki berasal dari China.

Kebiasannya Raine Lee tiada masalah dengan mana-mana sekatan jalan raya tetapi malam tersebut, ketika dalam perjalanan pulang bersama teman lelakinya, pihak polis menahan kenderaan mereka untuk diperiksa.

Polis meminta kad pengenalan dan lesen memandu teman lelakinya dan tiada masalah padanya. Tetapi tidak bagi Raine Lee sendiri kerana dia gagal untuk memberikan kad pengenalan sepertimana diminta oleh pegawai polis tersebut.

Raine menjelaskan dia tercicir kad pengenalan di tempat lain dan pegawai polis tersebut memintanya untuk menunjukkan lesen memandu sebagai bukti lain. Raine menunjukkan lesen milinya tetapi ianya gagal memuaskan hati polis tersebut kerana mereka menyatakan wajah pada lesen yang ditunjukkan tidak sama dengan muka gadis tersebut. Mereka juga mengesyaki Raine berasal dari China.

BACA JUGA: Polis Johor Tahan Pemandu Singapura Yang Viral di Facebook

Sebagai alternatif, pegawai polis berkenaan meminta Raine Lee untuk menyanyikan lagu Negaraku untuk membuktikan kerakyatannya. Walaubagaimanapun, gadis berbangsa Cina itu hanya berjaya menghabiskan separuh lagu sahaja kerana tidak menghafal lirik penuh lagu kebangsaan - Lagu Negaraku.


"Sebenarnya ianya bukan perkara baru bagi saya, sejujurnya ramai orang menyangka saya berasal dari China ataupun Thailand sebelum ini. Jadi tidak pelik kalau pegawai Polis tersebut mempunyai fikiran yang sama" tambah Raine Lee.

"Moral bagi kisah saya ini, semua orang perlu belajar menyanyikan lagu Negaraku dengan betul dan jangan sesekali keluar dari rumah tanpa membawa kad pengenalan anda"


Kongsikan kisah ini dengan kawan-kawan anda yang tidak hafal lagu Negaraku.

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now