Halliburton Batal Ambil Alih Baker Hughes Pada RM135.54 Billion


Syarikat gergasi industri minyak dan gas, Halliburton membatalkan urus niaga untuk mengambil alih pesaing mereka, Baker Hughes pada nilai sekitar RM135.54 Billion (US$34.6 bn).


Kegagalan urus niaga yang mendapat perhatian dunia ini dikaitkan dengan tekanan daripada pihak kerajaan Amerika Syarikat dan juga negara-negara Eropah yang lain.

Perancangan untuk mengambil alih Baker Hughes oleh Halliburton diumumkan pada tahun 2014, dan bakal memberikan persaingan yang lebih sengit kepada Schlumberger yang berada di tangga pertama dalam cabang perniagaan yang sama diikuti oleh Halliburton dan Baker Hughes masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Urus niaga yang diumumkan antara kedua-dua syarikat utama tersebut menimbulkan banyak kebimbangan akan persaingan yang berkurangan akan menyebabkan kenaikan harga yang drastik.

Kejatuhan harga minyak global juga menjadi salah satu punca kepada kelewatan serta kerugian yang tinggi yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua syarikat tersebut.

Pada minggu lepas, Baker Hughes melaporkan kerugian besar yang tidak pernah dijangka untuk suku pertama tahunan. Manakala, Halliburton pada bulan lepas mengumumkan akan membuang sebanyak 6,000 pekerja mereka.

Adakah berita ini merupakan satu petanda baik untuk industri minyak dan gas? Berikan komen anda dibawah.

Jangan lupa LIKE Facebook MyBuletin.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top