Indonesia Lulus Hukuman Mati Terhadap Perogol Cangkul


Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) meluluskan satu undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati sebagai hukuman maksimum terhadap perogol kanak-kanak hari ini selepas beberapa kes rogol ganas mencetuskan kemarahan rakyat negara itu.

Keganasan seksual berlaku secara berleluasa di negara paling ramai penduduk di Asia Tenggara itu, namun insiden rogol beramai-ramai jarang berlaku. Media sosial dibanjiri gesaan hukuman lebih tegas rentetan satu kes awal bulan ini.

BACA JUGA: Gadis 18 Tahun Maut Selepas Kemaluan Dirodok Cangkul di Indonesia

Sekumpulan lelaki didakwa dengan tuduhan rogol dan bunuh seorang pelajar sekolah perempuan di Bengkulu, barat Sumatera.

Kes itu menyebabkan kumpulan hak asasi menuduh kerajaan tidak melakukan secukupnya untuk melindungi wanita dan kanak-kanak serta mencetuskan satu tweet oleh Jokowi yang menuntut hukuman berat ke atas pesalah, walaupun gesaannya muncul sebulan selepas insiden itu.

Memetik undang-undang yang diluluskannya, Jokowi berkata, mereka yang bertanggungjawab melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak serta pesalah seks berulang, boleh berdepan hukuman kembiri kimia dan dipasang cip elektronik untuk mengesan pergerakan mereka.

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now