Jose Mourinho Sah Pengurus Baru Manchester United


Selepas memenangi trofi pertama sejak pemergian Sir Alex Ferguson, barisan lembaga pengarah Manchester United sebulat suara memecat Louis Van Gaal sebagai pengurus mereka atas pencapaian pasukan yang tidak memberangsangkan dibawah kendalian warga Belanda tersebut.

Sejurus selepas itu, terbanyak sumber-sumber yang mengaitkan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Van Gaal.

Kini ianya disahkan sendiri oleh Manchester United bahawa mereka telah mencapai kesepakatan untuk melantik Jose Mourinho selaku pengurus terbaru dengan kontrak selama 3 tahun.


Dengan pelantikan Jose Mourinho selaku pengurus terbaru di Old Trafford, mampukah Manchester United kembali menjadi sebuah pasukan dengan identiti yang digeruni oleh lawan mereka?

Lagenda Manchester United, Eric Cantona sendiri menyatakan Jose Mourinho bukanlah seorang Manchester United dan beliau percaya pengurus kelahiran Portugal tersebut akan mengorbankan falsafah kelab demi kejayaan segera.

Bagi anda pula bagaimana? Adakah Jose Mourinho satu pilihan yang tepat, ataupun sebaliknya?

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now