Ketua Polis Menghadap TMJ Elak Salah Faham Jadi Serius


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pagi tadi, berhubung dakwaan telefon bimbit baginda diintip atau dicuri dengar oleh Cawangan Khas.

Khalid berkata, dalam pertemuan selama sejam itu, pihaknya membetulkan keadaan berhubung perkara berkenaan.

"Semuanya adalah salah faham dan saya sudah memperbetulkannya dalam pertemuan dengan TMJ, pagi tadi.

"Saya sudah jelaskan semuanya kepada Tunku Mahkota dan tiada apa masalah yang timbul dan beliau menerima penjelasan berkenaan," katanya. 

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan persahabatan ragbi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand, di sini, sebentar tadi.

BACA JUGA: Polis Tahan Gadis Cina Untuk Melakukan Sesuatu Yang Mengejutkan

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now