Merkuri Tumpah di Sekolah, 56 Pelajar Dikuarantin


Seramai 56 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah, Bukit Mertajam terpaksa dikuarantin selepas berlaku tumpahan cecair merkuri di salah sebuah kelas di sini, 10.12 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, seramai 30 anggota dari Balai Bukit Mertajam dan Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian bersama empat jentera sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada 10.12 pagi dan tiba ke sekolah berkenaan dalam tempoh 12 minit bagi melakukan kerja pembersihan merkuri.

"Dipercayai cecair yang diletakkan dalam plastik pembungkus air minuman itu tumpah petang semalam, namun ia hanya disedari pagi tadi menyebabkan pihak sekolah meminta bantuan bomba," katanya.

Ketika ini kerja pembersihan di dua kelas sedang dilakukan, manakala semua pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat disahkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

BACA JUGA: Jokowi Arah Hukuman Tembak Mati Kepada Perogol Gadis Bawah Umur

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now