Percutian Kami di Pulau Rawa Amat Menyeronokkan


Assalammualaikum,

Ramai yang watsapp dan private message pasal Rawa. Tak dan rasanya nak jawab satu persatu. Jadi saya jawab mana yang sempat ye di sini.

Kat mana Rawa Island? Mersing, Johor.

Jauh tak? Kami dari Seremban. Jadi perjalanan mengambil masa 3 jam 30 min. Exit tol Ayer Hitam dan tuju terus ke laluan Kluang-Mersing.






Berapa lama speedboat? Dari jeti Mersing ke Rawa perjalanan dalam 20-45 min bergantung keadaan laut.

Tinggal di resort mana? Buat pengetahuan, ada 2 resort sahaja di sini. Alang Rawa Resort dan Rawa Island Resort. Kami stay di Rawa Island Resort.

Berapa hari? 3 hari 2 malam sahaja.

Cuaca? Ok, suhu panas Malaysia.

Makanan? Kami ambil fullboard, so makan buffet di sediakan sepenuhnya di cafe. Makan ok sangat. Selera western sikit sebab nak sesuaikan dengan pelancong asing yang datang kebanyakkan dari luar Malaysia. Boleh dikira tangan orang tempatan. Tapi masih sedap dan puas hati.




Layanan? First class. Staff sangat membantu dan ramah.

Aktiviti? Macam-macam boleh buat di resort je. Yang syok nya snorkeling la sampai puas depan bilik je. Coral sangat cantik dan ikan-ikan memang banyak dan kuat makan. Huhuhu. Boleh juga diving, kayak, baki ikan makan, tiwal sailboat, paddleboat dan macam-macam lagi aktiviti air.

Selain aktiviti air ada juga aktiviti island walk, jungle tracking, trampoline, hill climbing dan macam-macam lagi la.

Selalunya jika pergi pulau ada island hoping, kat sini ada gak. Cuma rasanya tak perlu kot. Sebab depan bilik je terdampar pantai yang sangat cantik dan hanya perlu dive je untuk tengok coral yang memukau mata.

Soalan paling banyak dan segan nak menjawabnya.




Pakej dan harga di Pulau Rawa, Mersing


1. Kami deal dengan Raha Legacy Holiday Sdn Bhd. Kami ambil pakej yang diberi oleh pihak agensi. Fullboard iaitu makan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam dan speedboat pergi balik. Boleh buka direct laman web pulau-pulau Malaysia.

2. Harga 1*** per person, kami ambil bilik yang mengadap laut dan yang ada 2 katil saiz queen. Sebab anniversary getaway katanya. So feeling-feeling romantik sikit.

TIPS: Menginap di Pulau Rawa Secara Percuma Dengan Langkah Ini

3. Pilihan bilik macam-macam jenis. Ada hillside, frangipani, beach front dan water front. Semua bilik ada kelebihan tersendiri. Tapi nak cakap siap-siap jarak frangipani dan waterfront boleh tahan la dari receptions dan cafe. Tapi seriously tak rasa pun penat jalan sebab view sangat best sambil udara laut yang menyapa.

4. Untuk yang berkeluarga, lebih sesuai tinggal di Rawa Island Resort daripada Alang Rawa. Sebab Alang Rawa kebanyakkannya untuk backpackers.

5. Pelancong luar memag ramai. Susah nak jumpa Melayu kecuali staff.. Tp ok je, tourist pon ramah2 memasing.. Huhu..

6. Kat sini tv memang tak ada dalam bilik. Kalau nak tengok tv kena pergi centre point resort. Tak kira bilik jenis apa pun di ambil, memang tiada tv disediakan. Jadi memang sesuai habiskan masa berkualiti bersama keluarga sepenuhnya. Tapi jangan risau, signal celcom kuat dan 3G. Wifi resort pun disediakan.

7. Untuk pengunjung Rawa Island Resort sahaja speedboat akan turunkan penumpang di jeti. Untuk pengunjung Alang Rawa akan redah air sikit sebelum tuju ke resort mereka.

8. Slide yang cantik di tepi laut tu pun hanya untuk pengunjung Rawa Island tapi ada je dari Alang Rawa join sekali asalkan masa tu tak ramai orang. Huhuhu.



9. Bekalan air untuk bilik mandi sedikit rasa payau sebab di proses daripada air laut. Jadi kami memang bawa siap-siap air mineral lebih.

10. Kat sini bayaran tunai tidak diterima. Semua cas akan dibawa terus ke bill bilik. Masa check out nanti baru buat pembayaran untuk setiap apa yang kita sewa atau beli di sini.

11. Speedboat menghala Rawa ada 2 masa iaitu jam 9 pagi dan 12 tengahari. Manakala boat menghala ke Jeti Mersing hanya ada pada jam 10 pagi dan 2 petang. Tapi masih tertakluk kepada keadaan air pasang ketika itu.






BACA JUGA: Lelaki Ini Berkongsi Cara Mudah Bersara Dengan Simpanan RM1 Juta

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now