Perkhidmatan ATM dan Perbankan Online Maybank Terganggu Hujung Minggu Ini


Maybank melalui pengumuman rasmi di Facebook mereka menyatakan perkhidmatan elektronik mereka tidak akan beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad ini. Ianya kerana mereka akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap servis yang berkaitan.

Pihak Maybank memaklumkan hampir kesemua perkhidmatan elektronik mereka akan terkesan dengan kerja-kerja tersebut termasuklah ATM, dan juga perbankan online melalui Maybank2u.

Untuk ATM, para pelanggan tidak boleh membuat sebarang urusan bermula pada jam 12 tengah malam sehingga ke jam 7 pagi hari Sabtu (14 Mei 2016) dan Ahad (15 Mei 2016).

Manakala laman web perbankan online Maybank2u tidak boleh diakses pada jam 3 pagi sehinggalah jam 7 pagi untuk kedua-dua hari yang sama.

Senarai Perkhidmatan Maybank Yang Tidak Beroperasi Berserta Waktunya:


  1. Maybank Kawanku ATMs / MEPS / Self Service Terminal
    (12:00am - 7:00am)
  2. Kawanku Phone Booking
    (12:00am - 7:00am)
  3. Maybank2E
    (12:00am - 12:00pm)
  4. TradeConnex
    (12:00am - 12:00pm)
  5. Regional Cash Management
    (12:00am - 12:00pm)
  6. Maybank2u.com
    (3:00am - 7:00am)
  7. Regional Mobile Banking Services
    (3:00am - 7:00am)
  8. Maybank Kawanku 24hrs ATMs
    (3:00am - 7:00am)
  9. Debit Card Services
    (3:00am - 7:00am)
  10. M2U Online Stocks (Local & Mobile Trading)
    3:00 am - 9:30 am (14 May 2016)
    2:00 am - 7:00 am (15 May 2016)
  11. M2U Online Stocks (Global Tradin
    4:30am (14 May 2016) - 7:00am (15 May 2016)

Jadi para pelanggan Maybank dinasihatkan untuk merancang urusan mereka dengan lebih awal untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Untuk sebarang persoalan mengenai gangguan ini, anda boleh rujuk terus kepada pihak Maybank melalui Facebook Rasmi Maybank ini.

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now