RM50K Menjadi RM2Juta Dalam Masa 30 Tahun Dengan Cara Mudah Ini


Sebelum ini kami pernah paparkan beberapa tips dan panduan kewangan yang ditulis oleh Hamba Tuhan. Hari ini beliau berkongsi satu lagi cara mudah untuk melabur yang boleh menjadikan RM50,000 pada hari ini menjadi hampir RM2Juta untuk 30 tahun yang akan datang.

BACA JUGA: Tips Orang Bergaji RM1,500 Boleh Membeli Kereta, Rumah, Berkahwin dan Mempunyai Simpanan Sebanyak RM33K Dalam 5 Tahun Sahaja


RM 50k jadi hampir RM 2juta dalam masa 30 tahun ?!!


Ada yg jumpa aku bertanya jika dia ada RM 50k dan tidak mahu pakai selama 30 tahun, letak di ASB (Amanah Saham Bumiputera) atau beli RUMAH ataupun simpan di dalam unit trust (UT) yang lebih berbaloi ?

Advise aku letak duit dia tu dalam 3 bakul = diversify pelaburan.

Strategi yang aku lakarkan untuk beliau :

1) Dengan modal RM 50k beli lah rumah Lelong secara tunai

2) Sewakan rumah Lelong tadi dengan kadar RM 500/bln selama 30 tahun

3) Hasil sewaan RM 500 simpan dalam 2 instrumen pelaburan yg berbeza risk :

a) ASB loan RM 50k (tempoh 30 thn) - RM 300/bln
b) UT - RM 200/bln

*Tujuannya korang boleh terminate salah satu jikalau ekonomi korang tidak stabil

4) Hasil selepas 30 tahun :

a) Rumah - MV (market value) sekitar RM 121,363 (anggaran 3% kenaikan setahun)

b) ASB - RM 50,000 (sijil ASB yang tamat tempoh pembiayaan) + RM 619,780 (dividen compounding selama 30 tahun)

c) UT - RM 1,126 354 (anggaran dividen 15% setahun)

Jumlah bersih = RM 1,917,497.00 dengan modal hanya RM 50k sahaja

*Ini hanyalah illustrasi, strategi dan anggaran sahaja atas kertas, reality mungkin tidak sama bergantung kepada ekonomi semasa, umur seseorang dan juga ketahanan nafsu seseorang untuk tidak menggunakan dividen di ASB.

*Teknik ini aku sendiri tidak apply SEBAB aku sendiri belum berumur 30 tahun + dengan RM 50k tu boleh dapat lagi cepat, tidak perlu tunggu 30 tahun bergantung kepada aggressive diri kita.

BACA JUGA: Peminjam PTPTN Dihalang Daripada Membeli Rumah & Kereta

*Kalau rasa teknik ini sesuai pada diri korang boleh apply, at least korang nampak jalan dan guideline untuk kembangkan duit korang daripada melabur kepada satu bentuk pelaburan sahaja.

*Jangan tanya aku mana nak dapat rumah RM 50k, survey dengan ejen-ejen lelong. Memang ADA cuma kena cari dan buat study.

SHARE jika bermanfaat.

LAGI TIPS PELABURAN: Tips Orang Bergaji RM1,500 Boleh Membeli Kereta, Rumah, Berkahwin dan Mempunyai Simpanan Sebanyak RM33K Dalam 5 Tahun Sahaja

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now