Robot Ambil Alih Tugas 60,000 Pekerja Kilang di China


Lima juta individu bakal kehilangan kerja kepada robot menjelang tahun 2020. Ini tidak mengejutkan kerana robot sudah digunakan sebagai pelayan restoran dan pengutip sampah.

Foxconn, syarikat yang terkenal dengan penghasilan iPhone membuang 60000 pekerja di kilang mereka di Kunshan, China dan mereka digantikan dengan robot.

FoxconnJumlah pekerja yang dibuang ini adalah tinggi kerana kilang ini sebelum ini menggaji 110000 orang pekerja. Penggunaan robot akan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang selain mengurangkan masalah pekerja yang membunuh diri kerana tekanan kerja.

Sekiranya anda ingat, beberapa tahun lalu asrama pekerja Foxconn terpaksa dipasang dengan jaring bagi mengelakkan pekerja dari membunuh diri.

Robot sudah mula mengambil alih pekerjaan manusia di dalam industri perkilangan. Industri apakah yang akan terancam oleh robot selepas ini?

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now