Tegas, Singapura Arah Bank Terlibat Skandal 1MDB Ditutup

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura telah mengarahkan BSI Bank, yang sedang disiasat berhubung urusannya dengan 1MDB supaya ditutup.

Menurut Reuters, bank pusat Singapura menarik semula status bank saudagar yang diberikan kepada bank Switzerland di kota itu.


Alasan-alasan yang diberikan termasuk "pelanggaran serius atas keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank.

Tindakan seumpama itu belum pernah diambil oleh pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun.

“Ini adalah kali pertama Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menarik semula kelulusan kepada bank saudagar sejak tahun 1984, apabila Jardine Fleming (Singapore) Pte Ltd ditutup untuk kesilapan serius dalam kerja penasihat," dipetik laporan itu.

Bank saudagar adalah bank yang terbabit dalam urusniaga dengan syarikat dan bukannya individu ataupun orang perseorangan.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berkata ia juga telah merujuk enam anggota pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank kepada pendakwa raya.

Pasukan pendakwaan Singapura akan menilai sama ada mereka telah melakukan sebarang  kesalahan.

Laporan itu tidak menyatakan secara khusus sama ada jika BSI Bank diarahkan ditutup kerana  urusannya dengan 1MDB tetapi bekas ahli bank berkenaan telah didakwa sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.

Sementara itu, Channel News Asia melaporkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura memberi jaminan bahawa ia akan memastikan bank berkenaan ditutup dengan cara yang teratur.

"Pelanggan BSI Bank diberi jaminan bahawa bank itu masih mampu bayar dan mempunyai aset melebihi liabiliti dan komitmennya.

"Ia juga mempunyai sokongan penuh daripada bank induknya, BSI SA, di Switzerland.

"Pihak Berkuasa Kewangan Singapura sedang bekerjasama rapat dengan Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma), pengawal selia BSI SA untuk menyelaras penutupan teratur BSI Bank di Singapura," petik laporan itu.

BSI Bank telah beroperasi di Singapura sejak 2005.

BACA JUGA: Wajarkah Tindakan Memulangkan Pulau Pinang Kepada Negeri Kedah Semula?

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now