Terpaksa Jual Rumah Dibeli Bersama Arwah Suami, Lihat Bagaimana Ibu Tunggal Ini Bangkit Semula


TERPAKSA JUAL RUMAH BESAR YANG DIBELI BERSAMA ARWAH SUAMI. KINI MILIKI 4 BUAH RUMAH HASIL KERINGAT SENDIRI.

  1. Kawan-kawan memang mengata. Semua tanya, "Mana rumah besar kau?", "Kau ada hutang along ke sampai kena jual rumah besar, beli rumah kotak (apartmen)?"
  2. Kawan-kawan mula menjauh. Yang ada pada waktu tu, keluarga sendiri saja. 
  3. Keluarga saya bukan orang senang.

Ikuti kisahnya..


Assalamualaikum Harith, sekejap ya. Saya nak mengarang esei. Nak berkongsi pengalaman. Semoga bermanfaat.

Baru-baru ni ada tsunami sikit kan dekat FB. Tentang beli rumah muda-muda dan rezeki masing-masing. Tentang menulis dan tunjuk lagak. Tentang tak semua orang ada duit dan kenapa perlu letak tekanan pada anak-anak muda supaya beli rumah awal.

Saya tak berapa muda. Dah nak masuk 33 tahun dah sebenarnya. Saja nak share sikit pengalaman.

Saya tamat belajar umur 25 tahun dengan kelulusan Master. Saya bekerja setahun di UK dan balik Malaysia pada usia 26 tahun. Alhamdulillah murah rezeki, terus dapat kerja pada permulaan gaji RM3,500.

Saya guna kenderaan ibubapa (komitmen hanya pada minyak dan tol). Masa tu sepatutnya boleh buat saving hampir RM2,000 atau lebih sebulan kalau ada pengetahuan ilmu kewangan yang betul.

Tapi memang segan nak cerita, saya tak pernah dapat simpan lebih daripada RM200 pun sebulan. Sedih kan?

Saya banyak traveling sebenarnya. Sebab tu duit tak ada. Saya berkahwin pada umur 26 tahun. Gaji kami campur suami isteri hampir RM10K.

Nak dipendekkan cerita, saya beli rumah pertama ketika umur 28 tahun.

Pembiayaan bersama dengan suami. Rumah besar di pinggir bandar Shah Alam. Semi D 40' x 90' yang berharga RM660K.

Kami gunakan maksimum kelayakan pembiayaan suami isteri. Bayaran hampir RM3,500 sebulan. Kami beli dengan ego tanpa ilmu.

Sebab kami kerja besar dan berjawatan. Takkan nak beli rumah kecil kan? Tambah pula dikelilingi kawan-kawan yang memang standard of living high class belaka.

Lepas sign SnP (Sale & Purchase agreement) semua, renovate lagi rumah dengan kos RM200K guna personal loan. Semua sebab nak nampak gah di mata orang.

Masa tu suami pun baru lepas beli kereta baru. Honda Civic. Bayangkanlah komitmen bulanan kami. Nak bergaya kan?

Rumah masih dalam renovation, tapi saya diuji bila suami kemalangan dan meninggal dunia. Beliau tiada wasiat untuk saya dan anak saya. Bayangkan sarat hutang dan bebanan perasaan masa tu.

Saya lambat ambil tindakan. Menunggu saja kalau-kalau bank call. Jadi, bulan pertama, kedua, semua loan tetap kena bayar sementara menunggu berita daripada bank.

Simpanan pula segan-segan saja nak tinggal dalam bank. Kontraktor dah mula ugut nak payment cepat. Saya kerja sebagai arkitek.

Terus ubah hidup 360degree. Berhenti kerja, balik duduk dengan parent dan yang paling penting hentikan renovation rumah setakat yang ada.

Saya cari kerja baru. Buat kerja part time. Setiap hari tidur 3-4 jam saja. Banyak yang saya belajar. Kawan-kawan mula menjauh. Yang ada pada waktu tu, keluarga saja. Keluarga saya bukan orang senang.

Akhirnya, dengan hati yang sungguh-sungguh berat, saya jual rumah besar dan hebat saya tu. Airmata bergelenlah juga sebab rasa malu menebal pada saudara mara yang sanjung tinggi saya dulu-dulu.

Saya reset semula kehidupan saya bermula kosong. Cari ilmu. Mula Follow semua sifu-sifu hartanah di FB.

Saya ingat lagi pukul 2 pagi saya mesej di FB Dr. Fadhli. Tanya jalan bagaimana saya nak miliki rumah. Alhamdulillah dekat umur 30 tahun, berjaya kumpul duit beli rumah kecil.

Saya semak kelayakan dengan bank. Saya layak beli rumah RM300K. Saya ikut apa yang Dr. Fadhli ajarkan. Beli 2 rumah kecil.

Saya beli 1 apartmen subsale di Shah alam berharga RM100K dengan luas 750sqft saja. Dan 1 lagi, rumah teres kecil 18' x 60' di Ipoh.

Saya guna tulang empat kerat untuk makeover rumah. Angkut perabot tengah malam, cari penyewa sendiri. Saya apply semua ilmu yg ada. Malu? Tolak tepi.

Kemudian saya buat ASB Financing RM100K hasil dari aliran tunai 2 rumah tadi.

Kawan-kawan memang mengata. Semua tanya, "Mana rumah besar kau?", "Kau ada hutang along ke sampai kena jual rumah besar beli rumah kotak (apartmen)?"

Selepas tahun pertama, dividen daripada ASBF, saya guna untuk beli rumah ketiga. Masih rumah kecil juga. Teres RM120K 20'x75'. Dan saya buat sewaan per kepala. Semua kata saya bodoh sebab bukan kawasan hot.

Saya pergi rumah ke rumah yang ada iklankan sewa di kawasan tu. Nak survey mana yang kurang, saya nak buat tambah di rumah saya. Dengan izin Allah rumah tu fully occupied (berjaya penuh dengan penyewa).

Pada masa yang sama saya cuba buat sublet sebab saya nakkan ilmu untuk uruskan rumah sewa dan asas-asas untuk renovate rumah secara DIY.

Alhamdulillah 2 tahun selepas jatuh bertimpa-timpa seorang diri, permohonan pembiayaan rumah ke-4 baru saja lulus.

Jadi di sini saya nak kongsikan kepada adik-adik khususnya.

1. Kalau kita sangka rezeki kita sentiasa tinggi melangit dan impikan nak rumah yang besar, gah dan hebat, kita akan merana andaikata sesuatu musibah terjadi.

2. Kalau kita rasa umur 30 tahun baru kita nak beli rumah sebab kita sangka jalan hidup kita lancar saja, kita akan menyesal bila sampai masanya kita sedar kita dah terlewat.

3. Bila ada yang memberi ilmu, itu sebenarnya wake up call untuk kita. Tak kiralah berapa pun umur kita. Seriously, rendahkan ego!! - Puan IAD.

➖➖➖➖➖➖

Nota 1: Saya pernah jumpa sendiri Puan IAD dua kali sebelum ni. Sekali tengok, macam ibu-ibu biasa. Rupa-rupanya sangat luar biasa.

Nota 2: Jika kita ditimpa masalah, janganlah rasa masalah kita tu paling berat. Orang lain pun ada masalah. Yang membezakan adalah bagaimana kita menguruskan masalah tu.

Nota 3: Bukan satu dua saja tips dan pengajaran daripada kisah ni, terlampau banyak sebenarnya.

Senaraikan satu per satu dan sesuaikan dengan situasi anda.

Diolah oleh: Harith Faisal

BACA JUGA: Kaedah Menabung Paling Efektif Walaupun Anda Bergaji Kecil

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now