Van Gaal Dipecat Selepas Bantu Manchester United Julang Piala FA


Manchester United memecat Louis van Gaal sebagai pengurus mereka semalam dan berikut adalah kenyataan dikeluarkan kelab Liga Perdana dan pengendali dari Belanda itu.

Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward berkata: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Louis dan kakitangannya kerana kerja cemerlang sejak dua tahun lalu mengambil kira kejayaan menyamai rekod 12 kali Piala FA buat kelab (dan memastikan gelaran buatnya dalam empat negara berbeza).

BACA JUGA: Misbun Sidek Adalah Kunci Disebalik Kejayaan Denmark Juarai Piala Thomas

"Dia adalah seorang yang memiliki tahap profesional hebat dan penghormatan sepanjang berada di sini. Dia meninggalkan kita dengan memberikan beberapa pemain muda keyakinan untuk menunjukkan kemampuan di tahap tertinggi. Semua orang di kelab mengucapkan semoga dia berjaya pada masa depan."

Van Gaal berkata: "Adalah satu penghormatan untuk menguruskan kelab yang sangat menakjubkan seperti Manchester United FC, dan ketika melakukannya, saya sudah merealisasikan impian sejak sekian lama.

"Saya sangat bangga membantu United menang Piala FA buat kali ke-12 sepanjang sejarah kelab.

Saya terpilih sepanjang karier pengurusan untuk memenangi 20 trofi tetapi memenangi Piala FA yang mewakili sejarah yang lama, akan sentiasa menjadi pencapaian paling istimewa dalam karier saya.

"Saya sangat kecewa kerana tidak boleh melengkapkan perancangan tiga tahun kami. Saya percaya bahawa asasnya sudah ada bagi membolehkan kelab terus maju ke depan dan mencapai kejayaan lebih hebat." - REUTERS

p/s: dengan pemecatan Van Gaal, siapakah yang bakal menggantikan tempatnya selaku pengurus pasukan Manchester United untuk musim hadapan?

BACA LAGI: Pengganas ISIS Isytihar Perang Terhadap Malaysia

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now