2 Sijil PhD Azizan Osman Terbukti Tidak Sah


LEMBAH KLANG: Kelayakan ijazah doktor falsafah (PhD) milik Azizan Osman kini menjadi persoalan ramai pihak selepas 2 universiti tempatan bertindak mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitan mereka dalam penganugerahan sebarang sijil PhD kepada individu tersebut.

Menerusi jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) nama Azizan Osman tidak pernah tersenarai dalam penerima dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan sejak dahulu lagi.

Katanya, semakan lanjut juga mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti didakwa oleh syarikat milik Azizan Osman.

"Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM," katanya kepada pemberita BH ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terbaru, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) juga tampil memberikan penafian mereka yang mengesahkan pihak universiti tidak pernah menganugerahkan sebarang sijil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan Osman.

"Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman," kata kenyataan IUKL hari ini yang turut disiarkan melalui laman facebook rasmi mereka.

Ikuti kisah perebutan sijil kedoktoran Azizan Osman dengan mengikuti laman facebook kami dengan Like MyBuletin.

0 comment... add one now