Johor Akan Umum 'Laksa' dan 'Asam Pedas' Sebagai Makanan Warisan Negeri

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri Johor akan mengumumkan dua makanan terkenal - asam pedas dan laksa Johor - sebagai warisan negeri tersebut.


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor berkata, kerajaan negeri Johor sudahpun sebulat suara bersetuju dengan cadangan untuk mendaftarkan kedua-dua makanan tersebut.

Menurutnya, tindakan mendaftar asam pedas adalah merujuk kepada rasa pedas yang unik menurut masakan di sini berbanding dengan asam pedas versi masakan negeri-negeri lain di Malaysia.

"Asam pedas Johor berbeza dengan asam pedas Melaka tapi setiap orang tahu kandungan asas yang digunakan untuk masak asam pedas" katanya selepas menghadiri Johor Future 2016 yang diadakan di Bangunan Sultan Ismail di Kota Iskandar semalam.

Untuk laksa Johor pula, Zulkurnain menambah adat negeri tersebut memakan laksa dengan spagheti dan bukannya mee kuning atau mee laksa seperti laksa-laksa lain.

Beliau percaya ianya bermula semenjak Sultan Abu Bakar melawat negara Itali dan memperkenalkannya kepada ahli keluarga diraja negeri Johor.

"Cuba gantikan spagethi tersebut dengan mee kuning atau mee-mee lain untuk laksa Johor, anda akan dapat merasakan ianya tidak sama seperti laksa Johor yang sebenar," tambah beliau.

Selain asam pedas dan juga laksa Johor, beliau turut menyatakan zapin, tarian budaya, dan baju melayu Teluk Belanga, pakaian tradisional kaum lelaki di tanah melayu, juga akan digazetkan sebagai warisan negeri Johor.

Zapin yang berasal daripada Timur Tengah, dibawa masuk ke kepulauan Melayu oleh pedagang-pedagang Arab dan para mubaligh ketika menyebarkan Islam di sini.

Walaupun kedua-dua baju Melayu Teluk Belanga dan baju Melayu Cekak Musang berasal dari Johor sejak tahun 1800, tetapi baju melayu Teluk Belanga lebih popular sebagai pakaian tradisi yang dikaitkan dengan Bangsa Melayu Johor berbanding baju melayu cekak musang.

"Gaya pemakaian seperti itu sangat sinonim dengan Johor, dan inilah yang membezakan kita dengan mereka yang berasal daripada negeri lain" kata Zulkurnain.

Jangan lupa untuk Like Facebook MyBuletin

0 comment... add one now