1.5 Juta Rakyat JOHOR Gemuk

JOHOR BAHRU – Seramai 1.5 juta iaitu hampir separuh daripada keseluruhan tiga juta rakyat Johor dilaporkan mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti yang serius.

TMJ menggalakkan sukan di Johor melalui bola sepak

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, rekod itu berdasarkan tinjauan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang dijalankan pada tahun lalu.

Menurut beliau, pe­rangkaan tersebut meliputi 49.1 peratus penduduk di negeri ini yang mengalami masalah kegemukan dan jumlah berkenaan dijangka meningkat saban tahun.

Katanya, Johor berada pada kedudukan kelima penduduk yang obes di negara ini selepas Putrajaya yang menduduki tangga pertama dengan 62.8 peratus, diikuti Melaka (53.7), Perlis (52.5) dan Negeri Sembilan (51.2).

Laporan ini sangat membimbangkan apabila nisbah daripada statistik tersebut juga menyatakan seorang daripada tiga orang dewasa di negara kita mengalami masalah kegemukan,” katanya selepas merasmikan program gaya hidup sihat FIT@HSAJB di Bangunan Induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam - MyBuletin

BACA JUGA: Gadis Jadi Popular Kerana Wajah Mirip Pelakon Kacak

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now