9 Warga Australia Pakai Seluar Renang Jalur Gemilang Dibebaskan

SEPANG: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan tanpa sabitan sembilan lelaki warga Australia selepas mereka mengaku bersalah kerana menimbulkan kegusaran awam atas tindakan memakai seluar renang bercorak Jalur Gemilang di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad lalu.


Hakim Harith Sham Mohamed Yasin bagaimanapun memberi amaran kepada kesemua tertuduh supaya tidak mengulangi perkara sama pada masa depan selain memahami budaya dan sensitiviti negara yang dilawati, termasuk Malaysia.

Harith Sham juga menyatakan bahawa biarpun pelakuan itu boleh diterima di negara tertuduh atau mana-mana negara lain namun ia tidak boleh diterima negara ini.

Tertuduh berkenaan iaitu Jack Walker; Edward Leaney; Nick Kelly; Thomas Laslett; Thomas Whitworth; Brendan Stobs; Timothy Yates; James Paver dan Adam Pasfield, masing-masing berusia 25 hingga 29 tahun itu ditahan di Litar SIC Sepang, Ahad lalu.

Terdahulu, kesemua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman dan denda maksimum sehingga RM400 jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, peguam tertuduh iaitu Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah memohon kepada hakim untuk melepaskan tanpa sabitan terhadap semua tertuduh mengikut Seksyen 173A (2) (a) Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, ketika prosiding salah seorang tertuduh, Thomas Whitworth turut membacakan surat mohon maaf yang menyatakan permohonan maaf dan kekesalan kerana menimbulkan kegusaran dan menyentuh sensitivi kepada rakyat Malaysia di atas perlakuan mereka itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad dibantu Faten Hadni Khairuddin.


BACA JUGA: Rangkaian McDonald's Malaysia dan Singapura Di Beli Oleh Syarikat Arab Saudi

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now