Ahli Kumpulan Abu Sayyaf Berumur 12 Tahun Serah Diri

MANILA: Sekumpulan 11 anggota kumpulan Abu Sayyaf yang mempunyai hubungan dengan Daesh menyerah diri pada Isnin di kepulauan Basilan di selatan negara itu.

Menurut laporan The Philippine Star, seorang pemimpin muda Abu Sayyaf dan budak lelaki 12 tahun ialah antara militan yang menyerah diri.

Akhbar berkenaan menambah, kumpulan itu berbuat demikian kepada pihak berkuasa di bandar Sumisip, berkata mereka sudah letih untuk meneruskan perjuangan menentang kerajaan.

Abu Sayyaf, kumpulan militan yang berpangkalan di barat daya Filipina, dikenali kerana melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan, kerap menyasarkan warga asing dan kadang-kadang memenggal kepala tebusan jika wang tidak dibayar. - AGENSI


0 comment... add one now