Anak Muda Boleh Nikmati RM31000 Dalam 3 Tahun Dengan Langkah Ini

Anak muda bermula dengan Bismillah...


SIMPANAN MENCECAH RM31K 👈

Saya selalu share tips untuk Anak muda sebab saya pun muda lagi. Hihi. Saya share sebab dari usia muda inilah bermula perjalanan kewangan kita dan siapa kita selepas 5 dan 10 tahun akan datang.

1. Anak Muda yang baru bekerja, jangan gopoh terus melabur ikut member. Anda mestilah kukuhkan simpanan 6 bulan gaji @ simpanan kecemasan 

Contoh :

Gaji RM1500 X 6 = RM9000✔️

*jika tidak mampu, at least ada 3 bulan gaji dalam akaun yang tak boleh sentuh untuk penuhi kehendak anda saja

2. Jika simpanan ini tiada bagaimana boleh jump ke step terus melabur pula? 

Sekiranya berlaku perkara tidak diingini, anda diberhentikan kerja. Dari mana nak korek duit belanja jika simpanan pun tiada? Fikirkan.

3. Selepas sudah mempunyai simpanan, anda boleh terus ke step seterusnya iaitu pelaburan. 

Contoh:

Anda mampu simpan RM500 sebulan, pecah kan kepada simpanan + pelaburan

A) ASBF RM50K @ RM275 sebulan• tidak usik dividen 3tahun• dividen 7.25%• profit bank 5.2% = hasil selepas 3 tahun RM13,933✔️

B) ASB simpanan RM225 sebulan• dividen 7.25% = selepas 3 tahun hasilnya RM9,039✔️

Jumlah keseluruhan:
Simpanan 6 bulan gaji = RM9000
Pelaburan ASBF = RM13,933
Simpanan bulanan = RM9,039
Jumlah = 31,972 💥

Simpanan meningkat ⬆️
Pelaburan meningkat ⬆️

4. Setelah anda mempunyai simpanan yang kukuh, anda boleh terus melangkah ke step seterusnya iaitu property @ beli Rumah pertama anda. 

Cari Rumah yang berharga kurang RM150K
@ RM764 bayaran bulanan anda.

5. Lebihan simpanan boleh digunakan untuk pelaburan semula + beli Kereta second hand + simpan

6. Pelaburan semula boleh dilakukan selepas berjaya beli Rumah pertama. 

Lakukan dari step 3 hingga step 6. Anda kumpul aset Rumah pula.

7. Nak lagi power, anda leverage simpanan dan pelaburan ke Emas, unit trust, tabung haji, SSP BSN, dan banyak lagi. 

Ramai orang ada banyak akaun tetapi tidak ramai yang mampu tingkatkan simpanan di setiap akaun tersebut.

8. Anak Muda mula lah dengan Bismillah dan kita hanya mampu merancang, soal cepat atau lambat untuk miliki Rumah pertama kita tidak tahu. 

Yang penting kita usaha dahulu.

Rancang lah Demi masa depan kita bersama ☺️

LIKE • COMMENT • SHARE jika anda suka dan dapat bantu orang lain baca sama

Semoga bermanfaat
Syafieqahalya :)

BACA JUGA: Himpunan Pelbagai Cara Kumpul Duit Minimum RM10,000

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now