Arab Saudi Pecat Menteri Kewangan

RIYADH: Arab Saudi memecat menteri kewangannya sebagai langkah membendung masalah ekonomi yang teruk melanda negara itu.


"Ibrahim Abdulaziz al-Assaf sudah digugurkan daripada jawatannya," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, diterbitkan oleh agensi berita rasmi SPA, semalam.

Assaf yang memegang jawatan itu sejak 1996, kini digantikan oleh ketua Pihak Berkuasa Pasaran Modal, Mohammed Aljadaan yang bertanggungjawab mengawal selia pasaran saham.

Langkah itu diambil ketika Riyadh berhadapan krisis ekonomi susulan defisit belanjawan hampir AS$100 bilion (RM111 bilion) disebabkan kejatuhan harga minyak serta kenaikan perbelanjaan tentera Riyadh.

Sejumlah besar daripada perbelanjaan ketenteraan disalurkan untuk kempen ketenteraan menentang Yaman yang mana lebih 10,200 orang terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera.

Arab Saudi juga terpaksa memperkenalkan siri langkah penjimatan termasuk membatalkan beberapa bonus yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan negeri dan meningkatkan yuran visa kepada penduduk dan warga asing. - Agensi

0 comment... add one now