Arsenal Nombor 1 di Eropah, Tewaskan Real Madrid dan Barcelona

PARIS: Arsenal tidak pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara namun status mereka berdasarkan pendapatan ketika hari perlawanan - lebih tepat di Stadium Emirates tidak mampu ditewaskan di Eropah.


Stadium Emirates yang mempunyai kapasiti 60,000 tempat duduk di Utara London dan dibuka pada 2006 menjana 132 juta euro (RM613.52 juta) bagi musim 2014-15 berdasarkan jualan tiket dan perbelanjaan peminat, menurut kajian oleh Deloitte.

Ia bersamaan 30 peratus daripada keseluruhan pendapatan tahunan kelab dan meletakkan mereka di hadapan gelanggang Real Madrid, Santiago Bernabeu yang mempunyai kapasiti lebih 80,000 tempat duduk.

Laman kelab gergasi Sepanyol itu menjana 129.8 juta euro (RM603.30 juta) pada musim yang sama.

Daripada 10 stadium yang paling mencipta keuntungan ketika hari perlawanan, lima daripadanya ialah kelab di Liga Perdana Inggeris, dua dari Sepanyol dan dua dari Jerman serta satu dari Perancis.

Berikut adalah senarai 10 kelab yang paling mencipta keuntungan ketika hari perlawanan di Eropah bagi musim 2014-15. - AFP

1. Emirates Stadium (Arsenal): RM613.52 juta

2. Santiago Bernabeu (Real Madrid): RM603.30 juta

3. Camp Nou (Barcelona): RM543.34 juta

4. Old Trafford (Manchester United): RM529.86 juta

5. Stamford Bridge (Chelsea): RM432.72 juta

6. Allianz Arena (Bayern Munich): RM417.38 juta

7. Parc des Princes (Paris Saint-Germain): RM362.54 juta

8. Anfield (Liverpool): RM348.59 juta

9. Etihad Stadium (Manchester City): RM264.93 juta

10. Signal Iduna Park (Borussia Dortmund): RM251.92 juta

Nampaknya ada juga sesuatu yang boleh membuatkan peminat dan penyokong setia Arsenal merasa bangga, walaupun mengalami kemarau kejayaan di peringkat Eropah dan domestik dalam masa yang agak lama.

BACA JUGA: FAM Akan Lantik Mario Gomez Kendali Skuad Kebangsaan?

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now