Bankrup: Teksi Rugi RM60 Juta Kerana UBER

Industri teksi konvensional nampaknya seolah gagal menghadpi saingan sengit yang ditawarkan oleh perkhidmatan perkongsian perjalanan seperti Grab dan Uber, yang dikatakan mengenakan tambang lebih murah dan menikmati kelebihan yang dikatakan tidak adil.


Dalam tempoh 16 bulan akan datang, industri teksi dikatakan bakal kerugian sehingga RM60 juta dalam kutipan hasil hingga akhir tahun ini, jika Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak campur tangan bagi menyelamatkan industri yang bernial RM230 juta.

Seorang pengusaha bumiputra teksi berkata industri itu sedang mengalami kejatuhan merudum, dengan banyak teksi baharu yang belum dipajak, sedangkan teksi yang telah dipajak pula semakin dikembalikan oleh pemandu teksi tidak yang sanggup untuk terus memandu.

Secara puratanya industri itu kerugian di antara RM15 juta dan RM20 juta setiap bulan. Keadaan perniagaan mereka telah mula menurun selepas GST, dan dengan kewujudan Uber dan Grab, kita kini lebih menderita,” kata Pengarah Urusan Avenue Drive Sdn Bhd Abd Razak Abd Aziz.

Sebagai contoh, sebuah teksi Proton Persona baharu berharga RM50,000 setiap satu. Bayangkan jika satu satu pengendali perkhidmatan teksi tidak boleh menyewakan 50 teksi Persona ataupun dikembalikan(oleh pemandu),” katanya.

Ia nya adalah kehilangan RM2.5 juta, cuma bagi sebuah syarikat kecil. Fikirkan pengusaha teksi yang besar dan keseluruhan industri, kerana mungkin akan ada kira-kira 20,000 teksi yang ditinggalkan pada bulan-bulan akan datang. Fikirkan tentang kehilangan pendapatan oleh pemandu teksi dan juga pengusaha teksi yang perlu membayar pinjaman bank dan kos lain, “katanya.

Memetik syarikatnya, Abd Razak berkata sekitar 20 teksi telah dikembalikan oleh pemandu teksi sejak Julai dan tiada sebarang pengambilan untuk 60 teksi baru sejak awal tahun ini.

Tinjauan theSun ke beberapa depot syarikat teksi di Rawang, Selayang, Kepong, Ampang, Pandan, Seri Kembangan dan Shah Alam mendedahkan bahawa sejumlah kira kira 1,600 teksi telah diparkir dalam premis mereka.

Salah satu syarikat utama, Uptownace Sdn Bhd, pengurus yang tidak mahu dikenali menggesa pihak media untuk mendedahkan perbezaan cabaran yang dihadapi operator teksi dan perkhidmatan perkongsian perjalanan.

Sila tanya SPAD apa yang telah mereka lakukan sebenarnya, dengan membenarkan Uber dan Grab untuk beroperasi secara haram tanpa pemeriksaan Puspakom dan perkara-perkara lain,” katanya.

Seorang pakar pengangkutan menjangkakan bahaa kebanyakan teksi tidak akan mampu bertahan sehingga 2018 jika perkhidmatan perkongsian perjalanan terus menawarkan tambang yang lebih rendah.

Tambang murah adalah sebab utama mengapa ramai penumpang mengenepikan perkhidmatan teksi dan beralih kepada Gram atau Uber. Ia sudah menjejaskan pemandu teksi dan juga operator dengan begitu teruk,” kata pengurus perhubungan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Y.S. Chan.

Beliau menjelaskan adalah agak mustahil bagi pemandu teksi untuk menurunkan tambang kerana faktor kos, "manakala Uber dan Grab hanya bertindak sebagai pencari pelanggan menggunakan kereta orang lain”.

Minggu lalu, berkuat kuasa Selasa, Grab Malaysia mengumumkan penurunan kadar tambang RM1.30 bagi setiap kilometer kepada RM1.10 di Lembah Klang pada hujung minggu (pada siang hari) dan hari-hari bekerja (waktu bukan puncak).-MyBuletin

BACA JUGA: Laman Sosial Jadi Gila Dapat Tahu Remaja 19 Tahun Dapat Gelaran 'Dato' Daripada Kesultanan Negeri Melaka.

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

{ 18 comments.. read them below or add one }

ZizahZizah December 10, 2016 at 6:14 AM
Memang kerajaan tak adil!
1. Grab n uber tak pakai meter dibenarkan berleluasa.
2. Syarikat teksi tertekan, pemandu teksi lagi tertekan bila syarikat pengusaha teksi naikkan harga sewaan sehari.
3. Teksi kena buat puspakom tapi grab n uber tak perlu semakan puspakom.
4. Pemandu teksi beratur punya panjang nak dapatkan customer,grab n uber pakai potong line jer. Tiada kawalan dari pihak atas.
5. SPAD buat endah tak endah jer kepada aduan pemandu teksi dan macam2 lagi spad biarkan. Tapi grab n uber diorang sokong giler2.
6. SPAD banyak makan duit tepi jer,rasuah sana sini.
7. Pemandu teksi dikatakan letak harga mahal,padahal diorang terpaksa ikut arahan spad dan pihak berkuasa. Tapi grab n uber dibiarkan sesuka hati letak harga. Kalau customer perempuan cantik,lagi murah diorang letak. Puihh..
8. Pemandu teksi dikatakan bertindak ganas dengan orang dan diviralkan,padahal pemandu grab n uber yang rogol orang tak dikeluarkan dan dihebahkan pun,nak jaga kredibiliti datuk atas konon. Semua kesalahan disembunyikan dan tidak di viral. Nampak pemandu teksi jer yang salah.
9. Nak bandingkan teksi dengan grab uber tak adil, pemandu teksi kena buat macam2,lesen lain la,baju kena putihla,check puspakom la,tayar kena tukar setiap 2 bulan la, macam2 lagi yang pemandu teksi kena buat,tapi uber n grab dibiarkan macam tu jer tanpa kawalan spad dan pihak berkuasa.
10. Pemandu teksi nak cari makan pun susah sebab customer pun dah disonglap oleh grab n uber sesuka hati.
11. Menteri kata persaingan sihat,mana sihatnya kalau dah berat sebelah pada uber n grab jer. Cuba seimbangkan
12. Pemandu grab n uber banyak jer yang langgar undang2, malah berlaku depan mata aku sendiri, tak plak diviralkan tapi kalau pemandu teksi buat salah sikit jer,macam semua pemandu teksi yang buat. Tuduhan tak adil.
13. Ramai pemandu teksi nak apply uber atau grab, tapi spad larang. Cerita ni pun tak dikeluarkan dan ramai tak tahu pun. Org tau, nak kutuk pemandu teksi jer,tapu tak tahu situasi sebenarnya.

Banyak lagi kalau nak dihuraikan,tapi ketahuilah pemandu teksi tertekan dan susah cari makan sekarang,sebab yang atas tidak adil. Memang rezeki masing-masing tapi biarlah semuanya adil. Pihak yang terbabit atau kerajaan patut ambil tindakan segera utk atasi masalah ni.
phreakers_skater phreakers_skater December 10, 2016 at 7:28 AM
Peliknya kete pakai petrol dan Teksi pakai gas.. mcm mana dia boleh sembang pasal kos mahal.. sedangkn gas lagi jimat.. dan kenapa grab or uber boleh turun harga dan Teksi x boleh.. ni mesti ada something wrong ... skarang ni klu business x boleh tamak2 ni bukan zaman Pak kadok.. skarang ni penguna boleh taubpasaran dengan hujung jari je harga mahal murah .. teksi2 ni pon past masalah byk Tamar sgt xnk ikut meter dan sebagai nya ... ni satu pengajaran dlm business.. dan kehidupan .. org tamak selalu rugj
ahmad albad ahmad albad December 10, 2016 at 7:50 AM
Time untung senyap,time rugi, haaa....cmna
mus-anselmo mus-anselmo December 10, 2016 at 3:31 PM
takde siapa tanya perasaan pemandu uber/gc kan?3 pihak kami kena fight untuk benefit atas kerja yang kami buat ni.authority,taxi driver dan rider/hitcher
AnonymousAnonymous December 10, 2016 at 5:05 PM
Sama2 cari mkn..buat terbaik insyllh..ada hasilnya..
Marketeer Marketeer December 11, 2016 at 2:03 AM
Teksi oh teksi...berubah lh sikap
mieka mieka December 11, 2016 at 11:20 AM
ADMIN NI MESTI PEMANDU TEKSI... THATS Y DIA BENGANG TU...
mieka mieka December 11, 2016 at 11:22 AM
duit kamilahhh bukan duit u.. sukati mak nenek bapak kita org lah nak pakai kpl trbang ker nak pakai lori ker.. terbang melayang ker.. sukati kiteeelahhhh .. adoii.. sentap betul la!!!
mohd akhmar Mukhlisin mohd akhmar Mukhlisin December 11, 2016 at 3:46 PM
skg zmn dah berubah,klau masih nak ingat kenangan2 cinta kenangan silam baik mereput kat uma,minda tu kena buka...
restukhu flacka restukhu flacka December 11, 2016 at 6:23 PM
Sikap pemandu teksi malaysia yang sesetengahnya biadap, serta kurang sopan semasa memandu di atas jalanraya.selain itu berlaku ketidakjujuran di dalam mengenakan tambang sesuka hati tanpa menggunakan meter dan melalui laluan yang jauh semata2 untuk mendapat untung lebih.sudah tiba masanya pemandu teksi bersaing secara sihat dan kreatif dalam mencari rezeki yang halal.
kenderaan awam yang diperkenalkan untuk kemudahan rakyat tidak seharusnya bermotif keuntungan peribadi atau pun beroperasi secara persendirian/persatuan persendirian.kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah lagi dengan kenaikkan tambang penggangkutan awam pada kadar yang tidak relevan memaksa rakyatvmenggunakan alternatif lain untuk bergerak.
AnonymousAnonymous December 11, 2016 at 9:07 PM
Kebanyakan teksi guna gas bukan petrol, tapi harga masih mahal, u orang pikir pasal uber dan grab yang guna petrol pun tak expensive. Teksi mahal sebab apa? Beli kereta proton sebagai pengguna bukan expensive tapi beli kereta proton untuk teksi mahal. Kenapa? Sewa kereta kat luar not so expensive? Sewa teksi mahal, kenapa? Kawan kawan saya pun pernah jadi teksi driver, sekarang takde buat pun. Kawan saya cakap kalau nak jadi orang teksi baik pun takboleh, kalau guna meter driver teksi lain tak suka, masuk campur buat kecoh. Kenapa teksi cag Rm3 after pengguna masuk dalam teksi? Uber/grab ada charge initial cost Rm3? Pikir? Attitude drivwr teksi macam samseng? Pikirlah kalau u orang tak respek customer satu hari customer takkan cari u orang? Pasal strategi kenapa syarikat teksi tamak sangat, sebab mereka tamak, teksi driver pun tamak, u orang yang start masalah sekarang cakap uber / grab masalah kami. Look at your mistakes 1st before complaining others are out running your business. People choose the cheapest and the beat quality service sebab kita pun cari duit cara bukan senang, dan kalau teksi nak caj banyak makan duit kita sebab tamak kita tak suka. Remember that.
Abd Halim Abd Halim December 11, 2016 at 11:24 PM
Cuba org2 atsan atau pihak berkuasa naik teksi secara peribadi tanpa ada kuasa..lihatlah sendiri perlakuan pemandu teksi yg sy rasa 80% melampaui batas dalam mengenakan caj....budi bahasa hampir 50% tak berhemah..
AnonymousAnonymous December 12, 2016 at 12:42 AM
Buka minda pemandu teksi2 sekalian. Pasti ada cara utk bersaing dlm industri ni.
Pengguna Pengguna December 12, 2016 at 4:59 AM
Syarikat teksi Sebelum ni banyak menekan driver teksi dgn sewa harian Yg mahal yg harganya double daripada harga kereta biasa. Sebelum ni mereka telah mendapat keuntungan Yg beli pat kali Ganda. Driver teksi pula tidak dapat sewa secara persendirian kerana beberapa syarat Yg ketat. So sebenarnya syarikat teksi Yg bnyk menekan Pengguna dan driver teksi. Kalau x percaya, tanyalah driver2 teksi, kenapa harga Tambang mahal? Sebab syarikat teksi mengenakan bayaran sewa Yg mahal. Adalah bagus Kalau semua driver teksi berubah kepada Uber dan Grab. Tinggalkan lintah darat tu.
ZULHAM EFFENDY OMAR BASHAH ZULHAM EFFENDY OMAR BASHAH December 12, 2016 at 9:02 AM
Entah, yg korang2 pengusaha teksi nk sentap lebih2 wat per? like what Warren Buffet kata...if u wanna success in prime biz u don't challenge prime biz, instead u follow them... convert suma teksi tersadai jadi Uber/Grab taruh nama lain la.. Teksion ka, Grabon ka...apa ra
Omar Mokhtar Omar Mokhtar December 12, 2016 at 4:38 PM
Tamak sangat nak monopoli peluang bisnes teksi, beli teksi banyak2 dan tak bagi individu lain memiliki teksi sendiri.
Prasanan Kannan Prasanan Kannan December 13, 2016 at 1:53 AM
Teksi kita sangat pada mula, tak pakai meter, tak tahu comnunicate, tak sopan, etc. Padan muka! Cuba fikirkan yg nak pakai teksi saudara sendiri kena rip off! Kereta uber and grab pakai kereta berumur 5 thn kebawa saja. Tukar mindset. Andaikan ini cabaran bukan masalah. Ahh baru lah berjaya.
Zeff MuhammadZeff Muhammad December 13, 2016 at 2:34 AM
Ah korang. Pemandu teksi bukannya semua ikhlas buat kerja pun.

Tertinggal phone dalam teksi?

Sampai akhirat kau takkan jumpa balik.