Bantu Polis Buru Perogol Kanak-Kanak

ALOR SETAR: Polis memburu seorang lelaki yang didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun selepas dikatakan memberi dadah jenis syabu kepada mangsa.


Lelaki berusia 24 tahun itu dikatakan beberapa kali melakukan perbuatan itu ke atas mangsa selepas masing-masing berkenalan melalui laman sosial WeChat.

Ketua Polis Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, mengesahkan perkara itu termasuk identiti suspek yang sudah dikenali pasti pihaknya, namun tidak mengulas lanjut.

Beliau berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas diketahui ibu kanak-kanak terbabit semalam, sebelum mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Hasil pemeriksaan itu pihak hospital mengesahkan terdapat kesan koyakan baharu dan lama pada kemaluan kanak-kanak terbabit, sebelum ibunya tampil membuat laporan polis," katanya. 

Mohd Rozi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan itu dan usaha mengesannya sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA: Ibu Sanggup Merelakan Dirinya Diperkosa Demi Menyelamatkan Saya

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now