Bekas Gitaris Kumpulan Kristal Maut Kemalangan

KUALA KLAWANG: Bekas pemain gitar kumpulan Kristal, maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 30, Jalan Kuala Klawang-Genting Peres dekat sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, Hairyfitri Ahmad, 33, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa, dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terlanggar sebuah kereta.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dan dalam perjalanan ke Kuala Klawang, cedera parah di anggota badan. 

"Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh beberapa rakan yang turut mengikuti konvoi bermotosikal itu," katanya di sini, hari ini. 

Othman berkata, pemandu kereta yang terbabit kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA: PLUS Mengaku Kenakan Penalti Jika Menggunakan Lebuhraya Lama Sangat

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now