Bekas Suami Elly Mazlein Bersumpah Faye Kusairi Bukan Punca Perpisahan

KUALA LUMPUR: Pengarah drama, Azmi Hatta, 41, meminta semua pihak menghentikan provokasi ke atas kes keruntuhan rumah tangganya bersama penyanyi yang juga pelakon, Elly Mazlein.


Bahkan, beliau hari ini menyatakan keinginannya untuk berdamai dengan bekas isterinya itu.

Azmi turut membuat pengakuan bersumpah pelakon, Faye Kusairi, bukanlah punca perpisahannya bersama Elly, 36, seperti yang didakwa. 

"Saya meminta semua pihak menghentikan provokasi yang boleh memudaratkan lagi isu ini. Kami berpisah disebabkan beberapa perkara dan faktor utama adalah kerana sikap cemburu Elly sendiri.

Rujuk: 'Elly Sering Tumbuk dan Sepak Terajang Saya Kerana Terlalu Cemburu' - Bekas Suami

"Sudah tiba masanya saya membuka mulut setelah lama mendiamkan diri. Banyak pihak yang terpalit dengan kontroversi ini dan saya perlu bersuara untuk menegakkan keadilan.

"Maruah saya sebagai lelaki seperti diperkotak-katikkan dalam hal ini. Oleh itu, perpisahan menjadi jalan terbaik buat saya dan Elly," kata Azmi ketika ditemui pada sidang media akuan sumpah di Tasik Titiwangsa, di sini.

Azmi dan Elly berkahwin pada November 2014 dan berpisah pada Oktober tahun lalu, ketika Elly hamil empat bulan.

Peserta Gegar Vaganza musim ketiga itu melahirkan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia, pada 9 Mac lalu.

"Saya sudah lama tidak berjumpa dengan anak kerana ingin Elly mengotakan janji untuk berubah sikap. Doakan yang terbaik untuk kami," kata Azmi secara ringkas.

Sebelum ini, nama Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, turut terkait dalam keruntuhan rumah tangga pasangan terbabit.

Menafikan dakwaan dirinya menjadi punca perpisahan Azmi dengan Elly, Faye bagaimanapun baru-baru ini membuat pengakuan beliau intim bersama pengarah terbabit beberapa bulan selepas perceraian berlaku.-MyBuletin

BACA JUGA: 7 Petanda Lelaki Serius Mahu Berkahwin Dengan Anda

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now