Cara Tukar Kad Debit Bank Yang Baru Secara Online


Pelanggan bank Maybank dan CIMB pasti sudah mengetahui mereka perlu menukar kad debit lama mereka kepada yang baru sekurang-kurangnya sebelum akhir tahun ini.

Ianya bertujuan untuk melancarkan proses transaksi, dan juga yang paling penting untuk meningkatkan keselamatan semasa proses transaksi sedang berjalan. Tetapi berapa ramai yang mempunyai masa untuk pergi ke bank dan beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan kad bank yang baru ini?

Kad Bank Boleh Ditukar Melalui Maybank2U

Dengan melakukan pertukaran kad bank secara online, anda dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kad bank juga akan dihantar terus ke alamat rumah yang diberikan kepada pihak bank. Ikuti langkah-langkah dibawah:

1. Login www.maybank2u.com.my

2. Klik pada "card management"


3. Pilih "ATM/Debit Card"


4. Tekan pada "Replace Card"


5. Isikan butiran lengkap anda, dan masukkan TAC.



6. Tunggu 7 hari untuk penghantaran kad debit baru anda.


Jangan lupa kongsikan cara menukar kad debit bank yang baru secara online ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain. Pertukaran adalah percuma sehingga akhir tahun ini.

Baca Juga: Gadis Brunei Larikan RM88,000 Dari Butik Bella Ammara

Jom LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now