Datuk Seri Vida Akan Dipenjara 3 Tahun Jika Didapati Bersalah


IPOH: Pemilik syarikat Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih popular dengan gelaran Dr Vida didakwa dengan 32 pertuduhan kesalahan berkaitan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi.

Artikel berkaitan: Jutawan kosmetik tidak bayar GST bernilai RM4 Juta

Hasmiza, 45, dituduh dengan 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST daripada tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai lalu mengikut Seksyen 41 (6) akta berkenaan dan 16 pertuduhan lagi kerana gagal membayar cukai GST bernilai RM4.2 juta dalam tempoh sama mengikut Seksyen 41 (7) akta sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak di sini, antara 11 Februari hingga 22 September lalu.

Jika sabit kesalahan, Hasmiza boleh didenda RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, bagi setiap pertuduhan.

Ibu kepada dua anak berusia 11 dan sembilan tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Murtazadi kemudian membenarkan jaminan keseluruhan RM1.76  juta dengan dua penjamin terhadap tertuduh dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Murtazadi menetapkan 15 November ini untuk sebut semula kes berkenaan dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlina Yusop Khan serta Datuk Raja Rozela Raja Toran, manakala Hasmiza diwakili peguam Khairil Azwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.

BACA JUGA: Atlet Paralimpik Hairan Ramai 'Saudara' Baru Berkunjung Ke Rumah Selepas Bergelar Jutawan 

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now