DSV Mahu Taja Kedah Musim Hadapan?

Penaja utama pasukan Kelantan, syarikat Vida Beauty dikatakan tawar hati untuk terus menaja pasukan gergasi Pantai Timur itu untuk saingan Liga Malaysia pada musim depan walaupun kontrak antara mereka masih berbaki setahun.

Pengasas syarikat tersebut Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali de­ngan Dr. Vida berkata, pihakn­ya tidak mendapat kerjasama serta sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk beberapa perkara yang dipersetujui bersama sebelum ini.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana khuatir akan mengeruhkan lagi hubu­ngan dengan badan induk bola sepak Kelantan itu.

“Biarlah saya rahsiakan perkara tersebut. Saya orang berniaga semangnya mengharap­kan situasi menang-menang namun sebaliknya berlaku.

“Apa yang boleh saya beri­tahu satu pertemuan dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa akan dilakukan dalam masa terdekat untuk membi­ncangkan hala tuju tajaan musim depan,” katanya.

Kelmarin akhbar melaporkan Dr. Vida membayangkan untuk tidak lagi menuruskan tajaan ke atas pasukan Kelantan pada musim depan.

Perkara tersebut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat setia Kelantan di laman Facebook.

Dr. Vida memberitahu, hasil pertemuan itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan meneruskan tajaan atau sebaliknya.

“Perkara ini bukan mudah kerana melibatkan pelbagai perkara dan sudah tentunya berhubung kait dengan soal kontrak,” katanya.

Dr. Vida membuat kejutan pada awal tahun ini apabila bersetuju untuk menaja pasukan Kelantan selama dua musim dengan nilai RM16 juta dengan me­ngenakan 33 syarat.

Berdasarkan kenyataan DSV, ternyata beliau mahukan pulangan besar apabila menaja sesebuah pasukan. Adakah ini bermakna Qu Puteh akan beralih untuk menaja Juara Piala Malaysia yang mempunyai ramai peminat setia pula musim hadapan?

Sama-sama kita nantikan...

0 comment... add one now