Elak Bayar Cukai RM4 Juta, Jutawan Kosmetik Akan Didakwa

Gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan berstatus jutawan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis ini di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Menurut sumber Astro AWANI, dakwaan yang dikenakan ke atas jutawan syarikat kosmetik itu adalah kerana 'kegagalan mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai'.

Difahamkan, jumlah cukai yang tidak dijelaskan oleh jutawan terbabit bernilai hampir RM4 juta.

Jutawan berkenaan yang amat popular dengan jenama produk kesihatan dan kecantikan turut aktif memasarkan perniagaannya melalui penajaan berskala besar.

p/s: rasa-rasa siapakah jutawan kosmetik yang dimaksudkan ye?

BACA JUGA: Datuk Terlajak Laris Mahu Jual Rumah Agam RM11 Juta

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now