Guan Eng Dapat Hadiah Penyapu


GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini dihadiahkan dua penyapu sebagai simbolik bantahan penganjuran siri jelajah BERSIH 5 di Pulau Pinang.

Penyapu yang dibalut dan diikat dengan reben itu disampaikan Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah, di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, sebentar tadi.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang berkata, penyapu itu simbolik bagi mengingatkan Setiausaha Agung DAP itu supaya membersihkan dirinya daripada tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa, sebelum memberi sokongan kepada BERSIH 5.

"Dia (Guan Eng) perlu 'bersihkan' dirinya dulu, sebelum sibuk dengan BERSIH 5. Selain itu, kami turut menyerahkan memorandum bantahan BERSIH kepada Guan Eng," katanya kepada media, di sini, hari ini. 

Penyapu dan memorandum itu kemudian diserahkan kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul, sebelum disampaikan kepada Guan Eng.

BACA JUGA: Tukang Masak Saya Pun Dia Nak Tukar - Tun M

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now