Haram Pelihara Kucing - Fatwa Daesh

BAGHDAD: Militan Daesh di Mosul mengeluarkan fatwa mengharamkan penduduk bandar raya itu memelihara kucing di rumah dan mendakwa undang-undang baru itu menyokong 'kepercayaan, ideologi dan visi' pergerakan itu.


Memelihara kucing di rumah tidak lagi dibenarkan kepada penduduk Mosul, kata Daesh dalam fatwa baharu itu.

"Jawatankuasa Fatwa Pusat Daesh mengeluarkan fatwa tidak membenarkan memelihara kucing dalam rumah di Mosul," lapor akhbar Al Sumaria.

Ia tidak melaporkan penjelasan mengapa Daesh melarang memelihara kucing, cuma berkata fatwa berkenaan bersama-sama beberapa lagi 'berpadanan' dengan kepercayaan, ideologi dan visi kumpulan militan itu.

Memberi amaran kepada penduduk bandar raya itu supaya tidak melanggar undang-undang, militan Daesh mula melakukan menggeledah rumah penduduk untuk mencari mamalia jinak itu.
Daesh tidak menunjukkan ia tidak menyukai kucing sebelum ini. Akaun propaganda di media sosial sebelum ini menyiarkan banyak gambar anak kucing untuk menarik rekrut muda.

Dalam gambar, kucing dikelilingi senjata dan bom tangan atau dipeluk militan. Fatwa sama mengharamkan pemeliharaan burung merpati yang dilaporkan dikeluarkan Daesh pada Jun lalu. Pada masa itu, ia mendakwa 'pemandangan alat sulit haiwan itu ketika terbang melepasi kepala adalah satu penghinaan kepada Islam.' - AGENSI

BACA JUGA: Senarai 8 Baka Kucing Paling Mahal di Dunia

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now