Isteri Baru Awie Diserang Sakit Misteri

KUALA LUMPUR: Isteri Awie, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, mendakwa turut terkena tempias penyakit misteri yang membelenggu suami selepas kaedah moden gagal mengesan punca masalah kulit yang dihadapinya, baru-baru ini.


Wanita yang mesra disapa Lady itu memberitahu, dia pada mulanya enggan percaya ilmu hitam.

Namun, Lady mula menerima hakikat wujudnya anasir lain selepas menjalni rawatan alternatif berasaskan kaedah perubatan Islam.

Enggan menuding jari, Lady mengambil keputusan menjalani rawatan perubatan moden selain mengamalkan bacaan ayat suci selain mengelak gangguan.

"Dulu saya sangsi adanya sihir. Tetapi selepas terkena batang hidung sendiri, saya mula mengambil langkah berjaga-jaga. Semuanya bermula dengan masalah gatal pada bahagian betis dan paha. Peliknya, ia hanya terasa menjelang waktu Maghrib. 

"Enggan dibebani kepercayaan karut, saya mendapatkan nasihat pakar kulit. Pakar itu juga tidak dapat mengenalpasti punca kerana rasa gatal hanya pada waktu Maghrib," katanya kepada BH Online selepas majlis pernikahannya dengan Awie, Jumaat lalu. 

Mengaku takut dengan masalah dihadapinya, Lady percaya kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

"Saya reda andai ini dugaan yang diberi. Kami sekeluarga akan terus berikhtiar untuk memastikan tiada lagi gangguan," katanya. 

Lady yang juga bekas kakitangan syarikat penerbangan, bernikah dengan penyanyi dan pelakon, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, Jumaat lalu.

Sebelum ini, Awie dalam beberapa sesi temu bual dengan media pernah mendedahkan kerap dilanda penyakit termasuk bengkak pada bahagian kaki setiap kali terbabit dalam acara besar.

Terbaharu, Awie mendakwa Lady dan anak-anak turut berdepan gangguan mistik.

BACA JUGA: Anak-Anak dan Keluarga Restu Awie Bernikah di Thailand

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now