Jutawan India Lebur RM37.2 Juta Beli No Plat D5 di Dubai

DUBAI: Seorang jutawan India, Balwinder Sahani berjaya membida nombor pendaftaran kereta paling mahal, D5 pada harga Dh33 juta (RM37.2 juta).


Sahani, juga dikenali sebagai Abu Sabah, adalah pemilik RSG International, sebuah syarikat pengurusan hartanah berpangkalan di Dubai yang memiliki kepentingan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, India dan Amerika Syarikat.

"Saya suka mengumpul nombor pendaftaran unik dan cukup berbangga kerana mendapat nombor ini," katanya. Menurutnya, tahun lalu beliau membeli nombor O9 dengan harga Dh25 juta (RM28.2 juta). 

"Setakat ini saya sudah mengumpul 10 nombor pendaftaran dan saya tidak sabar untuk mengumpul lebih lagi. Ia umpama satu keghairahan dan nombor ini akan digunakan untuk salah sebuah Rolls Royces saya," katanya. 

Lelongan dikendalikan Lembaga Pengangkutan Jalan itu berjaya menarik ramai kalangan peminat nombor plat unik untuk memulakan bidaan dengan harga Dh20 juta (RM22.6 juta).

Lebih daripada 300 peserta mengambil bahagian dalam acara lelong secara langsung itu yang diadakan setiap dua bulan. Sejumlah 80 nombor unik ditawarkan semalam bermula dari satu hingga lima digit. - Agensi

BACA JUGA: Singapura Jadi Pilihan Xiaomi Buka Kedai Pertama Mereka

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now