Ketua Baju Merah, Jamal Yunos Ditahan Polis


KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan Polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.

Penahanan berkenaan berlaku sebaik beliau baru tiba dari luar negara.

Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat), Rafi Awang Kechik, berkata Pengerusi Gabungan NGO Selangor itu kini dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan.

"Bertabah Dato kerana inilah nilai perjuangan yang perlu kita bayar," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Rafi yang menyokong Jamal turut memuat naik hashtag berbaur solidariti antaranya #noretreatnosurrender dan #solidariti4DatoJamalYunus.-MyBuletin

BACA JUGA: Akaun Keluar Kenyataan 13 Mei Bukan Milik Jamal Yunos

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now