Laporkan Maksiat Dengan Pantas Melalui Apps Keluaran JAIS Ini

Agama harus bergerak selari dengan kepesatan teknologi. Teknologi kini digunakan oleh pendakwah untuk mendekatkan diri kepada ummah menerusi media sosial.


Di Amerika Syarikat Ustaz Shuhaib Webb menggunakan Snapchat untuk berkongsi khutbah mini dengan pengikut beliau. Di Selangor kini wujud aplikasi Amar yang dilancarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi melaporkan pelbagai jenayah syariah menerusi peranti pintar.

Menerusi aplikasi ini jenayah maksiat dan ajaran sesat dapat dilaporkan kepada pihak JAIS. Pada waktu yang sama maklumat mengenai undang-undang syariah, lokasi masjid terdekat, pejabat JAIS dan berita terkini turut dapat diakses oleh pengguna.

Apa yang dilakukan JAIS ini selari dengan apa yang dilakukan oleh beberapa agensi kerajaan lain yang membenarkan laporan dari orang awam menggunakan aplikasi pintar.

Seperti kami laporkan sebelum ini, pihak PDRM melancarkan aplikasi Volunteer Cop bagi yang memnbolehkan jenayah dilaporkan dengan memuat naik gambar serta video.

ANDA BOLEH MUAT TURUN APLIKASI INI DI SINI (KLIK)

Laporan asal oleh Amanz

BACA JUGA: Toyota Vios Baru Dijual Pada Harga Lebih Murah

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now