Matawang Ringgit Dijangka Pulih Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka pulih minggu depan ke paras 4.10 berbanding dolar AS minggu depan, dipacu keyakinan menjelang pembentangan Bajet 2017.


Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan RuncitAffin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata bajet itu dijangka menawarkan pelbagai langkah menarik bagi merangsang ekonomi, termasuk menarik pelaburan asing.

"Dagangan ringgit minggu depan akan dipengaruhi jangkaan kesan daripada bajet," katanya. Bajet 2017 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Jumaat.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan itu menyusut berbanding dolar AS kepada 4.1980/2050 daripada 4.1535/1585 berikutan pengeluaran data Bank Negara yang menunjukkan jualan besar-besaran bon Malaysia oleh pelabur asing pada September.

Ringgit juga ditutup lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama lain. Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0247/0302 daripada 3.0214/0252 Jumaat lalu dan merosot berbanding yen kepada 4.0230/0301 daripada 3.9999/9066.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.1249/1339 daripada 5.1142/1220 minggu lepas dan berkurang berbanding euro kepada 4.6245/6331 daripada 4.6199/6267. - MyBuletin

BACA JUGA: Tidak Bayar Cukai Sama Jahat Seperti Amal Rasuah

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now